Anda di sini

KPDNKK lakukan satu lagi penghantaran bekalan bahan api ke Bario

Advertisement
 Bekalan bahan api yang dibawa dalam dram dan                      dihantar menggunakan jalan darat dari Miri, tiba di tanah tinggi Bario pagi Ahad lalu dengan penghantaran kedua dijangka tiba pagi ini.

TIBA: Bekalan bahan api yang dibawa dalam dram dan dihantar menggunakan jalan darat dari Miri, tiba di tanah tinggi Bario pagi Ahad lalu dengan penghantaran kedua dijangka tiba pagi ini.

MIRI: Kementerian Per-dagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam melakukan satu lagi penghantaran bekalan bahan api berupa diesel dan petrol ke kawasan tanah tinggi Bario.

Pengarah KPDNKK Sara-wak Datuk Stanley Tan berkata penghantaran yang dibuat menerusi jalan darat dari Miri dan memakan masa lebih kurang 14 jam itu, bagi menampung keperluan bekalan bahan api yang dihantar pada Sabtu lalu.

“Penghantaran bekalan yang kedua ini melibatkan 5,600 liter minyak diesel (28 dram) dan 3,200 liter minyak petrol (16 dram) yang kesemuanya 8,800 liter dan dihantar dengan 44 dram menggunakan jalan darat dari Miri hari ini (semalam).

“Bekalan ini akan tiba di Bario esok (hari ini), bagi menambah keperluan bahan api yang dihantar sebelum ini,” jelasnya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Pada Sabtu lalu, KPDNKK telah menghantar 13,000 liter bahan api melibatkan 10,000 liter minyak diesel dan 3,000 liter minyak petrol ke Bario untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan bahan api di sana  berikutan kelewatan bekalan tiba di situ.

Kali terakhir bekalan bahan api dihantar ke Bario ialah pada 5 Disember lalu, sekali gus memberi tekanan terhadap keperluan lebih 1,000 penduduk tanah tinggi itu, disebabkan kelewatan penghantaran bahan api yang seterusnya.

Kelmarin, Stanley menjelas-kan bahawa masalah tersebut berlaku disebabkan program penyeragaman baharu yang bermula pada awal tahun ini.

“Diharap dengan bermula-nya program penyeragaman harga ini yang dilaksanakan oleh kerajaan, ia dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan (bahan api) di Bario,” katanya lagi.

 

 

 

 

 

 

 

Advertisement