Anda di sini

See Hua Marketing melancar Mitraf 13 hari ini

Advertisement
 Pengerusi penganjur Mitraf 13 Lina Wong (empat kanan) menyampaikan surat jemputan kepada Adam sambil disaksikan ahli-ahli jawatankuasanya.

JEMPUTAN: Pengerusi penganjur Mitraf 13 Lina Wong (empat kanan) menyampaikan surat jemputan kepada Adam sambil disaksikan ahli-ahli jawatankuasanya.

MIRI: See Hua Marketing Sdn Bhd (SHM) dengan kerjasama Permaisuri Imperial City Mall dan The Imperial Mall menganjurkan Pesta Usahawan Miri edisi ke-13 (Mitraf 13) mulai hari ini (5 Januari).

Pesta empat hari itu melibatkan sejumlah 75 gerai pelbagai produk dan perkhidmatan seperti elektrik dan elektronik, aksesori dapur, alat dan perkakasan, pembaikan rumah, penyelesaian keselamatan, hartanah, pembaikan dan penyelenggaraan, makanan dan minuman, barangan pengguna, teknologi maklumat, kecantikan dan pelangsingan, telekomunikasi, kenderaan motor, kraf tangan, alat bantuan pendengaran, robotik dan minyak wangi.

Dalam tempoh empat hari, pembaca akhbar See Hua Group boleh mendapatkan beras satu kilogram percuma dengan mengemukakan resit langganan tiga bulan (dari Oktober 2016 hingga Januari 2017) atau resit tahunan. Aktiviti itu dianjurkan bersama oleh Tong Seng Huat Rice Trading, pemborong beras terbesar di Miri.

Selain pameran produk terdapat juga pameran koleksi barang antik sepanjang tempoh pesta usahawan itu.

Oleh kerana Tahun Baharu Cina bakal menjelang, ‘Dewa Kekayaan’ akan membuat penampilan khas pada jam 7 malam setiap malam untuk mengedarkan gula-gula percuma kepada kanak-kanak.

Orang ramai dan pembeli boleh menyertai permainan yang menyeronokkan di gerai Toto dari jam 6 petang hingga 9 malam hari ini dan esok (6 Januari) dan tengah hari hingga 9 malam pada Sabtu dan Ahad.

Hari ini (5 Januari) berlangsung persembahan nyanyian Miri New Entertainment System Society pada jam 10 pagi dan diikuti majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii pada jam 2 petang. Ini diikuti pertandingan kumpulan warga emas bermula jam 3 petang hingga 9 malam.

Esok (6 Januari), ahli-ahli Pusat Khidmat Warga Emas Miri mempersembahkan nyanyian pada jam 10.30 pagi diikuti ceramah kesihatan. Satu demonstrasi persolekan Korea diadakan pada jam 4.30 petang.

Seterusnya pertunjukan ‘Sakinah vs Jonas show’ pada jam 6 petang dan aktiviti terakhir hari itu ialah ceramah PERKESO pada jam 7.30 malam.

Pada Sabtu, pertandingan kaligrafi Cina, pertunjukan fesyen angpau, ceramah feng shui oleh Master Koh dan banyak lagi bakal berlangsung dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Pada Ahad berlangsung persembahan ‘Xiao Dou Ya dan pertandingan perhiasan makanan oleh sayap wanita Persatuan Hua Zong Miri jam 12.30 tengah hari.

Selain itu, persembahan tarian naga dan tarian singa dijadualkan pada jam 3 petang.

Acara pertandingan cheongsam diadakan pada jam 5.30 petang diikuti kemuncak cabutan bertuah jam 8 malam.

See Hua Marketing juga membuka sebuah gerai untuk kemudahan pelanggan dan pembaca akhbar serta e-kertas dan perkara berkaitan langganan. Penaja utama Mitraf 13 adalah United Fusion Sdn Bhd.

Pelanggan membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 atau RM300 untuk tempahan kenderaan motor atau bayaran muka hartanah layak menyertai cabutan bertuah di mana sejumlah 26 hadiah menarik bakal dimenangi.

The Mitraf 13 diiktiraf oleh MBM dan masuk adalah percuma.

Advertisement