Anda di sini

‘Crocs Junior’ makin mantap

Advertisement

Pemain-pemain sekolah sukan tulang belakang skuad Piala Belia Sarawak

Oleh Mohd Shafik Ahmad //

KUCHING: Pemain-pemain mewakili Sekolah Sukan Sarawak (SMK Tabuan Jaya) pada kempen Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menjadi tulang belakang skuad Piala Belia Sarawak untuk musim 2017.

Ketua jurulatih, Mohd Safri Amit berkata seramai 19 pemain dari sekolah sukan tersebut dipanggil untuk memantapkan barisan ‘Crocs Junior’.

Menurutnya, proses pemilihan untuk skuad junior negeri dijangka berakhir pada 2 Januari (hari ini).

“Pemilihan kami adalah berdasarkan kepada mereka yang bermain pada Liga KPM, Piala Belia dan Piala Belia Bawah 19 Tahun Sarawak tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Padang C, di sini.

Mohd Safri turut mendedahkan berita baik bagi skuad muda apabila tiga pemain tempatan kembali menyarung jersi skuad Sarawak selepas beraksi dengan pasukan Melaka, Pahang dan PDRM.

“Ini merupakan berita baik buat kami dan kita berjaya menarik balik tiga pemain yang telah bermain untuk Melaka, Pahang dan Polis,” katanya sambil menjelaskan lima pemain dikekalkan daripada skuad tahun lalu.

Beliau berkata, senarai akhir pemain-pemain akan diketahui tidak lama lagi dengan beberapa perlawanan persahabatan pra-musim dijangka diadakan di Kuala Lumpur pada akhir Januari ini.

Mohd Safri percaya bahawa gandingan pemainpemain lama dan baharu dapat menyumbang kepada kekuatan serta memantapkan jentera pasukan Sarawak untuk cabaran musim ini.

Difahamkan kempen Piala Belia musim ini dijangka bermula pada 10 Februari depan.

 

Advertisement