Anda di sini

Dua pemain import baharu cuba nasib

Advertisement
 David (tiga kiri) memberi taklimat kepada pemain sebelum memulakan sesi latihan di Padang C, Petra Jaya semalam.

TAKLIMAT: David (tiga kiri) memberi taklimat kepada pemain sebelum memulakan sesi latihan di Padang C, Petra Jaya semalam.

Dua pemain itu bersaing untuk merebut posisi penyerang utama yang masih kosong: David

Oleh Harry Ilias //

KUCHING: Dua lagi pemain import baharu mencuba nasib untuk mengisi kuota pemain import Sarawak.

Andy Lorei (Andrew) dari Amerika Syarikat, 27, dan Kim Seong Hyeon dari Korea Selatan, 23, tiba semalam dan terus menjalani ujian di Padang C, Petra Jaya.

Menurut Ketua Jurulatih David Usop, kedua-dua pemain itu bersaing untuk merebut posisi penyerang utama yang masih kosong selepas satu lagi posisi telah diisi Mark Andrew Hartman dari Filipina.

Bagaimanapun, David berkata pihaknya turut menj emput seramai enam hingga tujuh pemain import lain untuk mencuba nasib.

“Persatuan telah menghantar surat jemputan dan mereka dijangka tiba pada 2 atau 3 Januari depan,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Padang C, Petra Jaya semalam.

“Kita masih menapis Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) mereka dan berharap pemain dijemput dapat datang untuk menjalani percubaan.

” Menurut David lagi, senarai lengkap pemainnya akan diketahui dalam tempoh seminggu.

“Saya perlu melengkap senarai penuh pemain dalam masa terdekat.

Kita tidak boleh berlengah lagi kerana masa kian suntuk.

” Sarawak kembali menjalani latihan sebagai persiapan terakhir untuk menghadapi kempen Liga Super 2017 yang bermula pada 20 Januari depan.

Skuad itu telah berguru selama 10 hari di Australia bermula dari 16 hingga 25 Disember lepas.

 

Advertisement