Anda di sini

PBBL rampas gelaran

Advertisement

Oleh Mastura Ismail//

 Sufian (barisan kedua, enam kiri) bersama jawatankuasa PBBL serta pemenang kejohanan itu.

PEMENANG: Sufian (barisan kedua, enam kiri) bersama jawatankuasa PBBL serta pemenang kejohanan itu.

LIMBANG: Persatuan Badminton Bahagian Limbang (PBBL) berjaya merampas gelaran kejuaraan buat pertama kalinya pada Kejohanan Badminton Jemputan Antara Kelab 2016 di sini.

Selaku juara, PBBL membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala.

Manakala pasukan Centre Point, Brunei muncul naib juara membawa pulang wang tunai RM2,000 serta piala.

Tempat ketiga dimenangi Tanjung Nangka Nyaam, Brunei menerima wang tunai RM1,000 serta piala.

Sementara itu, pasukan Tanjung Nangka Ismahrul juga dari Brunei mendapat tempat keempat menerima wang tunai RM500.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Walikota Majlis Daerah Limbang mewakili Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Pengerusi PBBL, Dr Abdul Rahman Ismail.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PBBL Zaini Garib, Setiausaha PPBL, Arni Kassim dan jawatankuasa tertinggi PBBL lain.

Menurut Arni, kejohanan memasuki edisi ketiga anjuran PBBL diadakan pertama kalinya pada 2014 dijuarai pasukan Tanjung Nangka1, Brunei.

Pasukan AZA Beaufort (Sabah) juara pada 2015 dan PBBL menjulang juara pada tahun ini.

“Objektif pertandingan ini menggalakkan cara hidup sihat dengan bersukan serta mengeratkan silaturahim dan perpaduan melalui sukan kalangan penduduk dan negara jiran,” katanya.

Sebanyak sembilan pasu kan/kelab menyertai kejohanan ini.

Pasukan terbabit ialah Persatuan Badminton Bahagian Limbang (PBBL), Centre Point (Brunei), Tanjung Nangka Nyaam (Brunei), Tanjung Nangka Ismahrul (Brunei), Brumas Warriors A (Brunei), Brumas Warriors B (Brunei), Thunder BC Miri, BHBC, Limbang dan 21 BC, Limbang.

 

Advertisement