Anda di sini

Sepak takraw: Real Pro serlah kehebatan

Advertisement
 Pemenang merakamkan kenangan sebaik sahaja kejohanan tersebut berakhir.

PEMENANG: Pemenang merakamkan kenangan sebaik sahaja kejohanan tersebut berakhir.

SIBU: Pasukan Real Pro mengungguli Kejohanan Sepak Takraw Piala Krimas Rumah Melina di gelanggang sepak takraw Rumah Melina, Batu 11 1/2 Jalan Oya Lama di sini.

Tempat kedua dimenangi Project Team, diikuti MBR di tempat ketiga dan Moon Team (tempat keempat).

Semua pasukan yang menang masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan piala.

Pengerusi penganjur, Sain Melina berkata sebanyak 17 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan berlangsung dua hari itu.

Katanya, ini adalah kali ketiga kejohanan Piala Krismas diadakan selepas penganjuran pertamanya pada 2014.

“Objektif penganjuran adalah untuk mempromosikan sukan sepak takraw selain mencungkil bakat-bakat baharu.

“Kita juga berharap kejohanan ini dapat mengeratkan silaturahim kalangan pemain dan masyarakat setempat,” katanya.

Sain juga berharap lebih ramai penyertaan pada penganjuran kejohanan akan datang.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Sain.

 

Advertisement