Anda di sini

Miri diharap ke separuh akhir Piala Belia Bawah 19 Tahun

Advertisement

MIRI: Pasukan Piala Belia Bawah 19 Tahun Miri diharap mampu menggalas tanggungjawab untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan itu yang berlangsung di Bintulu dan menyingkap tirainya esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat meletakkan sasaran dan mencabar pasukan itu untuk melangkah ke separuh akhir seterusnya melangkah ke perlawanan akhir dan menjadi johan.

“Kita amat berharap pasukan ini mampu memberi cabaran sengit kepada pasukan- pasukan lain seterusnya melangkah ke peringkat separuh akhir serta menjulang Piala Belia Bawah 19 Tahun,” katanya di sini.

Sebelum berangkat ke Bintulu semalam, Ripin turut menyerahkan jersi kepada pasukan Miri dan bersarapan pagi bersama pemain-pemain sebelum pasukan itu berangkat ke Bintulu.

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Bolasepak Miri Mohamad Saif Jubaidi, Pengurus Pasukan Miri Samli Tinggal, Jurulatih Mohd Hakimi Man serta wakil daripada LEA Sport Centre.

Kejohanan itu diadakan dua tahun sekali dan untuk rekod Miri pernah melangkah ke pusingan kedua pada kejohanan sama dua tahun lalu dan dua tahun sebelum itu turut melangkah ke peringkat suku akhir (Samarahan, 2012).

 

Advertisement