Anda di sini

Malaysia beri saingan aksi Ragbi Asia B19

Advertisement
 Sebahagian aksi pasukan Malaysia semasa kejohanan ragbi.

LASAK: Sebahagian aksi pasukan Malaysia semasa kejohanan ragbi.

Tewas 21-27 kepada Sri Lanka, bangkit tewaskan Taipei 38-31 dan tewas lagi 10-67 kepada Hong Kong

Oleh Mohd Shafik Ahmad //

KUCHING: Pasukan Malaysia mempamer prestasi agak cemerlang dalam saingan Kejohanan Ragbi Asia B19 2016 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, kelmarin.

Kejohanan itu menyaksikan saingan kompetitif antara skuad negara bersama beberapa kuasa ragbi Asia seperti Hong Kong, Sri Lanka dan Taipei.

Ketua Pasukan Ras Ubaidah Razbi tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada Program Ragbi Remaja 1Malaysia-COBRA sekali gus menyarung jersi kebangsaan dalam kejohanan bawah 19 tahun buat julung kali.

“Ia merupakan satu penghormatan kepada kami untuk mewakili negara buat pertama kali menerusi program pembangunan ragbi remaja.

“Program itu termasuk kem latihan berpusat sebagai persiapan menghadapi kejohanan tersebut,” katanya.

Dalam kejohanan itu, Malaysia tewas 21-27 kepada Sri Lanka sebelum bangkit menewaskan Taipei dengan kiraan 38-31.

Bagaimanapun, skuad kebangsaan terpaksa akur dengan kehebatan Hong Kong apabila tewas 10-67.

Hong Kong akan mewakili Asia dalam kejohanan Piala Ragbi B20 Dunia 2017 yang akan berlangsung pada Ogos tahun depan di Uruguay.

 

Advertisement