Anda di sini

Para peniaga diingatkan agar patuhi skim kawalan harga

Advertisement

KUCHING: Para peniaga di negeri ini diingatkan agar mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas 2016 yang akan berkuat kuasa 19 hingga 28 Disember ini.

Peringatan tersebut di-buat oleh Ketua Pegawai Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Abdul Hafidz A. Rahim.

Hafidz yang dihubungi semalam berkata, para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan melibatkan 18 jenis barangan.

Selain itu  para peniaga  katanya, juga diwajibkan untuk meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.

“Para peniaga juga di-ingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti se-perti yang tertakluk di bawah akta ini,” katanya.

Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Ne-geri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin kelmarin berkata skim ini dilaksanakan selama 10 hari iaitu enam hari sebelum perayaan, hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

Antara senarai barangan harga terkawal termasuk ayam hidup, ayam stan-dard, ayam super, ayam tua hidup, ayam belanda import, kepak ayam, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing/biri-biri import bertulang dan tanpa tulang serta daging paha kambing/biri-biri bertulang.

Barangan lain termasuk telur ayam gred A, B dan C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Penentuan harga maksimum, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan untuk memastikan harga yang berpatutan dalam rantaian pengedaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.

Harga maksimum pengeluar, borong dan runcit ditentukan untuk barangan berkenaan bagi 89 daerah di Semenanjung Malaysia, 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Advertisement