Anda di sini

Feldaus, Leh Ha takluk Batang Sadong

Advertisement
 Nancy menyampaikan hadiah kepada juara kategori wanita 10 kilometer Larian Jambatan Batang Sadong 2016, Lee Leh Ha. Turut Kelihatan Abdul Rahman (kiri), Aidel (dua kiri) dan Awla (kanan) di Sadong Jaya semalam.

TAHNIAH: Nancy menyampaikan hadiah kepada juara kategori wanita 10 kilometer Larian Jambatan Batang Sadong 2016, Lee Leh Ha. Turut Kelihatan Abdul Rahman (kiri), Aidel (dua kiri) dan Awla (kanan) di Sadong Jaya semalam.

Berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer pada Larian Jambatan Batang Sadong 2016

Oleh Rusnan Mustafa //

SADONG JAYA: Muhamad Feldaus dan Lee Leh Ha berjaya menakluki Jambatan Batang Sadong setelah menamatkan larian sejauh 10 kilometer pada Larian Jambatan Batang Sadong 2016 di sini semalam.

Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM500 berserta medal yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Sukhri di padang Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Sungai Bulu di sini.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga bagi kategori 10 kilometer lelaki dimenangi Chong Yen Bon dan Mohamad Mustafa masing-masing membawa pulang wang tunai RM300 dan RM200 berserta medal.

Manakala tempat kedua dan ketiga bagi kategori 10 kilometer wanita pula dimenangi Melody Yong dan Tang Si Eng masing-masing membawa pulang wang tunai RM300 dan RM200 berserta medal.

Nancy ketika ditemui berkata, larian itu akan menjadi acara tahunan dan disenarai dalam kalendar pelancongan negeri ekoran penyertaan yang amat baik kalangan penduduk setempat termasuk peserta dari luar Sadong Jaya.

“Syukur kita dapat menjay- Berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer pada Larian Jambatan Batang Sadong 2016 SRI AMAN: Kuching dan Serian ditabalkan raja futsal Sarawak setelah masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita Kejohanan Futsal Piala Menteri Belia, Sukan dan Solidariti 2016 yang melabuhkan tirainya di Stadium Tertutup Sri Aman semalam.

Juara bertahan Kuching berjaya menjinakkan wakil zon tengah Bintulu dengan 3-0 dalam perlawanan berlangsung sengit untuk menjulang Piala Dato Sri Michael Manyin Jawong bagi kategori lelaki.

Selain piala pusingan, Kuching turut membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, piala iringan dan pingat.

Manakala Bintulu berpuas hati dengan RM5,000, piala dan pingat.

Tempat ketiga dirangkul skuad tuan rumah, Sri Aman apabila menjinakkan Miri dengan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 dalam masa permainan sebenar.

Sri Aman menggondol RM3,000, piala dan pingat sementara Miri berpuas hati dengan RM1,000, piala dan pingat.

Dalam pada itu, pendatang baharu Serian melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menjuarai kategori wanita selepas membenam Limbang dengan 3-0.

Kejayaan itu membolehkan Serian meraih RM7,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat manakala Limbang pulang dengan RM5,000, piala dan pingat.

Di tempat ketiga Sibu selepas menundukkan Sri Aman dengan 1-0.

Sibu menggondol RM3,000, piala dan pingat manakala Sri Aman menerima RM1,000, piala dan pingat.

Sementara itu, Kuching meraih dua Anugerah Khas bagi kategori lelaki apabila pemainnya, Mohd Syamsul Bujang dan Yassir Arafat Solhi diumumkan Pemain Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik.

Anugerah Penjaring Terbanyak dimenangi pemain Sri Aman, Awang Saifullah Yaman dengan 10 gol.

Anugerah Khas kategori wanita menyaksikan pemain Serian, Rabiah Bishriyah Abdul Kadir merangkul gelaran Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak dengan enam gol.

Manakala penjaga gol Limbang, Imelda Batun merangkul anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Semua pemenang Anugerah Khas menerima piala dan sijil.

Anugerah ‘Fair Play’ kategori lelaki dan wanita dirangkul pasukan Kapit dan Serian membawa pulang piala.

Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti, Kameri Affandi menyampaikan hadiah kepada pemenang seterusnya merasmikan penutupan kejohanan itu.

Kuching, Serian ditabal ‘raja’ futsal S’wak akan acara larian yang julung kali diadakan di Jambatan Batang Sadong dengan penyertaan yang amat baik dan ini menggalakkan kita untuk menganjurkan lagi pada masa akan datang.

“Acara ini akan disenarikan dalam kalendar pelancongan Sarawak dan menjadi acara tahunan negeri dan untuk itu kita berharap pada tahun hadapan lebih ramai penyertaan dalam larian ini,” katanya.

Beliau memberitahu larian itu disertai kira-kira 1,930 peserta dari kawasan sekitar mahupun dari Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Semenanjung Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai acara larian itu, Nancy menjelaskan ia bukan sahaja menggalakkan amalan hidup sihat kalangan masyarakat tetapi memberi peluang ekonomi kepada penduduk tempatan.

“Keunikan Larian Jambatan Batang Sadong 2016 adalah kerana ia dipakejkan bersama acara kebudayaan dan pelancongan.

“Sudah tentu membuka ruang dan peluang kepada ‘Sport Tourism’ dan kita amat berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak kerana memberi sumbangan dan pengiktirafan terhadap larian ini,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo, ADUN Simunjan Awla Dris, Residen Bahagian Samarahan, Abdul Rahman Sebli Senusi dan tetamu lain.

 

Advertisement