Anda di sini

Juara bertahan Kuching mulakan saingan dengan langkah kanan

Advertisement

SRI AMAN: Juara bertahan Kuching memulakan kempen Kejohanan Futsal Piala Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak 2016 dengan langkah kanan apabila membenam Sibu 4-1 pada perlawanan pembukaan kumpulan C kategori lelaki di Stadium Tertutup Sri Aman semalam.

Satu lagi saingan dalam kumpulan sama menyaksikan Samarahan terikat 1-1 dengan Miri.

Turut bermula cemerlang skuad tuan rumah, Sri Aman berjaya menjinakkan Mukah dengan 4-0 dalam kumpulan A.

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan A menyaksikan Bintulu mudah membenam Sarikei dengan 6-2.

Da l am aks i pe r t ama kumpulan B, Limbang terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan Kapit selepas terikat 3-3 dalam perlawanan berlangsung sengit.

Begitupun, Serian ceria selepas berjaya menundukkan Betong dengan 2-1 dalam kumpulan sama.

Sementara itu, misi Samarahan untuk mengekalkan kejuaraan kategori wanita sedikit terencat setelah dikejutkan Sibu dengan 2-1 dalam perlawanan kumpulan C.

Naib juara tahun lalu, Kuching memulakan rentak bergaya dengan menang tipis 1-0 ke atas Bintulu dalam kumpulan B.

Betong pula kecewa selepas gagal menyaingi Mukah apabila tewas 0-2 dalam aksi kumpulan sama.

Rentak sama ditunjukkan wakil tuan rumah Sri Aman dengan menewaskan Kapit 4-0 dalam aksi kumpulan A.

Manakala pendatang baharu, Serian garang apabila membelasah Sarikei dengan 5-0.

 

Advertisement