Anda di sini

Wisma RSC B julang Piala YB Ripin Lamat

Advertisement

MIRI: Pasukan Wisma RSC B dari Miri menjuarai Piala YB Ripin Lamat kategori lelaki pada kejohanan bola sepak di padang Kampung Subak dekat sini bermula 27 November hingga 4 Disember lalu.

Naib juara disandang oleh Wisma RSC C, ketiga Umaco FC dari Entulang dan keempat Tuked Ent FC dari Miri.

Selain piala, juara menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan pingat.

Pemenang kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah RM700 dan RM500 dan RM100 serta pingat dan RM100 untuk tempat keempat.

Untuk kategori wanita, juara disandang oleh Subak FC dari Bekenu, kedua Kovokian FC dari Miri, ketiga PMB FC dari Long Lama dan keempat Chia Football dari Bintulu.

Juara menerima piala, wang tunai RM500 serta pingat, kedua RM300 serta pingat dan ketiga RM200 serta pingat.

Pemennag keempat menerima RM100.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda PBB Lambir, Mostaffa Yusoff.

Pertandingan itu anjuran bersama Pergerakan Pemuda PBB Ranting Kampung Subak dengan kerjasama Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Lambir.

Piala ADUN Lambir disertai 32 pasukan termasuk enam pasukan wanita dari Miri, Bintulu dan Long Lama.

Ini merupakan aktiviti tahunan Pemuda PBB Lambir untuk memupuk perpaduan kalangan belia di kawasan Lambir selain menggalakkan mereka terlibat dalam aktiviti sihat.

Advertisement