Anda di sini

Pekala, PSKPP Mukah berentap tentukan kejuaraan Piala Veteran FELCRA 2016

Advertisement

MUKAH: Pekala dan PSKPP Mukah bakal berentap menentukan kejuaraan Piala Veteran FELCRA 2016 setelah masing-masing berjaya menundukkan lawan pada perlawanan separuh akhir.

Pada perlawanan separuh akhir, Pekala berjaya mengalahkan Tellian Villa dengan 3-0 manakala PSKPP Mukah menang dengan 3-1 menentang Leetonia.

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat antara Tellian Villa dan Leetonia akan diadakan esok (9 Disember) bermula jam 4 petang di Padang Mesra MDDM.

Pertemuan penentuan kejuaraan akan diadakan pada Sabtu (10 Disember) pada waktu dan tempat yang sama.

Orang ramai di Mukah dan sekitarnya dijemput datang beramai-ramai bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan itu.

Kejohanan bermula 12 November lalu disertai lapan pasukan dan terbahagi kepada dua kumpulan.

Advertisement