Anda di sini

Sembilan pasukan berentap pada Kejohanan Bola Tampar Belia B14

Advertisement
 Pasukan lelaki dan wanita Sarawak memikul cabaran dalam misi mendapatkan pingat emas pada kejohanan tersebut.

SEDIA BERENTAP: Pasukan lelaki dan wanita Sarawak memikul cabaran dalam misi mendapatkan pingat emas pada kejohanan tersebut.

SIBU: Sebanyak sembilan pasukan negeri termasuk Sarawak selaku tuan rumah bakal berentap pada Kejohanan Bola Tampar Belia Bawah 14 Tahun Milo-Malaysia edisi ke-16 di sini.

Ketua Jurulatih Bola Tampar Sarawak, Datuk Moh Wung Ming berkata Stadium Bola Tampar Taman Rejang, Sibu dipilih venue utama kejohanan tersebut dijadualkan Disember ini.

Moh berkata, selain Sarawak tujuh pasukan mengambil bahagian ialah Selangor, Johor, Kelantan, Pahang, Kuala Lumpur, Kedah dan Pulau Pinang.

“Kategori lelaki dibahagikan kepada dua kumpulan dan Selangor, Johor, Kelantan, Pahang diletakkan dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B ialah Kuala Lumpur, Sarawak, Kedah dan Pulau Pinang.

“Bagi kategori wanita disertai pasukan Pahang, Johor, Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan Kelantan,” katanya di sini semalam.

Menurut Moh, beliau opitimis Sarawak mampu menghadiahkan dua pingat emas pada kejohanan itu.

“Kita menggunakan sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara pada kejohanan ini,” jelas beliau.

Selain itu, Moh turut menjelaskan bahawa anakanak buahnya sudah bersedia memberi tentangan kepada lawan.

Pada edisi sebelum ini, pasukan lelaki dan wanita Sarawak muncul pemenang tempat ketiga.

Justeru itu, Moh menjemput peminat sukan bola tampar datang beramairamai ke stadium memberi sokongan kepada pasukan Sarawak.

Advertisement