Anda di sini

Modal asas Maybank yang kukuh sedia penampan terhadap peningkatan aset bermasalah: Moody’s

Advertisement

SINGAPURA: Modal asas Maybank yang kukuh dan berkembang  menyediakan bank itu dengan penampan yang baik terhadap peningkatan aset bermasalah, selain mengekalkan kedudukan kredit selari dengan penarafan semasa, kata Moody’s Investors Service.

Moody’s berkata Maybank (A3 stabil, a3), berhadapan peningkatan aset bermasalah di Singapura (Aaa stabil) dan Hong Kong (Aa1 negatif), yang merupakan  dua pasaran utamanya.

“Peningkatan aset bermasalah di Singapura dan Hong Kong mencerminkan risiko ideosinkratik (biasa), dan kami menjangkakan dalam jangka panjang, profil kreditMaybank akan meraih manfaat daripada kehadirannya di pasaran ini yang sebenarnya berisiko rendah,” kata Naib Presiden dan Pegawai Kanan Kredit Moody’s. Eugene

Tarzimanov, dalam satu kenyataan semalam.

Rumusan Moody’s ini dimuatkan dalam laporan yang baru dikeluarkan ‘Malayan  Banking Bhd: Peningkatan Risiko Serantau Ditangani Penampan yang kukuh’.

Laporan Moody’s menyebut masalah pinjaman Maybank di Singapura kebanyakannya berkaitan akaun minyak dan gas, manakala di Hong Kong berpunca daripada jumlah kecil pinjaman besar yang bermasalah.

Singapura maerupakan operasi asing paling penting Maybank, yang menyumbang 25 peratus daripada pinjaman kasar sehingga September 2016.

Walaupun Hong Kong menyumbang 2.0 peratus daripada pinjamannya, lonjakkan tunggakan di sana menyumbang nisbah pinjaman bermasalah melepasi pasaran yang lain, daripada hampir sifar pada 2015.

Oleh itu, peningkatan aset bermasalah dalam pasaran ini menjadikan nisbah pinjaman bermasalah kepada 2.2 peratus pada September 2016, daripada 1.9 peratus pada akhir 2015.

Walaupun prestasi pinjaman domestik Malaysia juga sedikit lemah, ini sejajar dengan jangkaan Moody’s, dan sebahagian besarnya disumbangkan oleh bahagian perniagaan dan perbankan korporat, termasuk sektor komoditi.

Meskipun kedudukan lemah, Moody’s berkata profil kredit bank meraih  manfaat daripada kehadirannya dalam kedua-dua pasaran maju, memandangkan kredit yang kedukakan turun naik yang rendah serta kedudukan ekonomi, guna tenaga yang stabil dan perlindungan yang lebih baik daripada hak-hak pemiutang, berbanding pasaran pesat membangun.

Pertimbangan ini juga dicerminkan dalam Profil Makro Maybank yang kukuh’ yang lebih tinggi berbanding Profil makro kukuh bagi Malaysia serta hasil daripada Profil makro tinggi Singapura dan Hong Kong.

Profil Makro, yang menggambarkan risiko operasi bank domestik dan serantau, merupakan input utama yang menyokong penarafan asas kredit a3 Maybank.

Bank itu juga meraih manfaat daripada permodalan dan kenaikan kukuh, perlindungan ke atas pinjaman masalah yang mencukupi, keuntungan yang baik serta profil pembiaan dan mudah tunai yang kukuh. — Bernama

Advertisement