Anda di sini

tHe Spring tawar aktiviti menarik sempena Krismas

Advertisement

Oleh Agnes Tugong//

 Naroden (kanan) melakukan simbolik pelancaran kempen Krismas Hey Santa di pusat beli-belah tHe Spring, Kuching malam kelmarin.

LANCAR: Naroden (kanan) melakukan simbolik pelancaran kempen Krismas Hey Santa di pusat beli-belah tHe Spring, Kuching malam kelmarin.

KUCHING: Pusat beli-belah tHe Spring menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sempena perayaan Hari Krismas yang akan diraikan pada 25 Disember ini.

Kali ini, pihak pengurusan tHe Spring memilih tema ‘Hey Santa’ untuk membawa para pengunjung pusat belibelah ini merasai pengalaman luar biasa Krismas bersama Santa.

Sebagai permulaan kepada kempen Krismas tahun ini, majlis pelancaran telah diadakan kelmarin oleh Menteri Muda Pembangunan Keusahawanan Datuk Naroden Majais di pusat beli belah ini.

Dalam ucapan ringkas pelancarannya, Naroden berkata: “Dengan keamanan dan keharmonian yang kita rasai selama ini, kita dapat membuat perancangan selain menjalankan semua aktiviti dengan jayanya.

“Ini adalah kekuatan yang mengeratkan lagi hubungan semua kita yang membolehkan kita memahami, menghormati dan menerima cara hidup setiap kaum.

“Saya yakin, jika kita menghormati satu sama lain, negeri ini dapat menikmati keamanan dan keharmonian.

“Inilah gaya hidup yang kita inginkan untuk semua warga negeri ini dan perayaan Hari Krismas akan mendapat sokongan dari semua.”

Pada majlis itu, Naroden yang juga Menteri Muda Perancangan Sumber menyalakan api pokok Krimas tHe Spring di pekarangan luar pusat beli-belah tersebut diiringi dengan nyanyian lagu-lagu Krismas oleh kumpulan koir jemputan.

Sementara itu, Pengurus Besar The Spring Management Services Sdn Bhd, Datin Christine Ling berkata, tahun lepas kempen Krimas ‘The Spring Nutcracker’ telah memenangi Anugerah Medal Emas bagi Pemasaran Pengalaman Terbaik pada Anugerah Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM) 2016.

Kejayaan ini katanya, bukan sahaja memotivasikan pengurusan tHe Spring malah mendorong untuk berusaha lebih gigih lagi untuk memberikan pengalaman hebat kepada pelanggan- pelanggan pusat belibelah ini.

Justeru katanya, pada Krimas kali ini pihak pengurusan tHe Spring memilih tema Hey Santa untuk membawa para pelanggan dan pengunjung merasai pengalaman keajaiban Krismas dan Santa.

Sementara itu, antara tarikan utama pada kempen Krismas ini ialah pemasangan 3D kotak-kotak hadiah di tengah- tengah pusat beli-belah ini oleh Santa Claus.

Bagi ibu bapa yang inginkan keseronokan keluarga pula boleh membeli tiket kereta api di North Court pusat belibelah ini untuk anak-anak mereka menjelajahi bengkel santa dengan bayaran hanya RM5.

Orang ramai pula boleh membeli-belah Krismas di Santa Jolly Bazaar dan mendapatkan inspirasi idea hadiahhadiah unik seperti aksesori daripada Sereni & Shentel, set hadiah cantik dari Crabtree dan Evelyn dan pereka alat tulis dari Flint dan Steel Borneo.

Pengunjung yang membeli- belah di pusat ini juga berpeluang untuk menebus pelbagai barangan ekslusif seperti payung edisi terhad tHe Spring, losyen badan Crabtree dan Evelyn malah tiket kereta api untuk ‘All Aboard Molly Train’.

Aktiviti menarik lain termasuklah, peraduan mewarna dengan MPH Bookstore dan bengkel menghias Gingerbread Man bersama Madeleine Cafe dan Patisserie.

Paling menarik ialah, 200 pembeli pertama di Calligraphy Jam akan menerima kad ucapan Krismas edisi terhad daripada jenama berkenaan.

 

Advertisement