Anda di sini

Model baharu Toyota Camry tampil dengan lebih canggih

Advertisement

 James (tiga kanan) bersama yang lain merakamkan gambar bersama model terbaharu Toyota Camry.

MENARIK: James (tiga kanan) bersama yang lain merakamkan gambar bersama model terbaharu Toyota Camry.

SIBU: UMW Toyota Motor Sdn. Bhd yang terletak di Jalan Lanang di sini akan mengadakan pameran bagi model terbaharu Toyota Camry.

Pengurus Cawangan UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.  James Wong berkata, orang ramai dijemput berkunjung ke pameran tersebut yang dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari dari 2 hingga 4 Disember.

James berkata, model terbaharu Toyota Camry kali ini mengetengahkan beberapa teknologi moden selain mengutamakan keselesaan kepada pelanggan.

Selain itu pengubahsuaian terhadap reka bentuk model Toyota Camry turut dilakukan secara konsisten dan moden untuk memberikan prestasi yang luar biasa.

Model terbaharu Toyota Camry dilengkapi dengan beg udara, Hill Start Assist, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Traction Control (TRC), Emergency Stop Signal, Assist cengkaman, mudah alih tayar pam, Parking sensor, Kit Emegency serta Hook beg.

Sementara itu, satu lagi aspek yang sangat penting adalah keselamatan di mana ciri-ciri keselamatan untuk model Toyota Camry telah dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh berkunjung ke bilik pameran UMW Toyota Motor Sdn. Bhd di Jalan Lanang berhampiran Hotel Kingwood di sini.

Advertisement