Anda di sini

Badminton: 27 peserta rebut Piala Sebastian

Advertisement

MIRI: Seramai 27 peserta mengambil bahagian pada Kejohanan Badminton Piala Datuk Sebastian Ting berlangsung tiga hari bermula 25 hingga 27 November lalu.

Bagi kategori regu wanita bawah 13 tahun, Audrey Chee dan Samantha Lee muncul juara keseluruhan selepas mengalahkan pasangan Immanglory Jose dan Chong Shu Lin dalam perlawanan akhir.

Kategori regu wanita bawah 16 tahun menyaksikan Felicia Fong dan Flora Fong muncul juara selepas menumpaskan Samantha Lee dan Adrienna Chan.

Bagi kategori individu wanita bawah 13 tahun menyaksikan Audrey Vanessa Chee muncul juara selepas mengalahkan Brenda Lai dalam perlawanan akhir.

Kategori individu wanita bawah 14 dan 16 tahun masing-masing menyaksikan Wong Ling Ching muncul juara dua kategori itu sementara Kashley Kho dan Sharon Thien sekadar tempat kedua.

Dalam kategori regu lelaki bawah 13 tahun, Pui Wee Young dan Joshua Voon ditabalkan juara selepas mengalahkan Akmal Rizman dan Jeffswell Jidat Roland dalam perlawanan akhir.

Sementara kategori regu lelaki bawah 16 tahun menyaksikan Orville Chan dan Darren Yuan muncul juara menumbangkan Gilbert Vieery dan Henry Law.

Kategori lelaki bawah 12 tahun menyaksikan Goh Shuan Huat juara keseluruhan sementara Jeremy Juan (naib juara) manakala kategori individu bawah 14 tahun lelaki dimenangi Chen Khai Kong sementara Jeffswell Jidat (kedua).

Barrie Chong muncul juara kategori individu lelaki bawah 16 tahun selepas menumpaskan Joden Atom dalam perlawanan akhir.

Majlis ringkas penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau, Datuk SebastianTing dan Pengerusi Persatuan Badminton Lopeng, Albert Lau

Advertisement