Anda di sini

Hujan tidak halang 300 peserta larian T-Run

Advertisement
 Pengarah Tea FM Chia Chew Boon (dua kanan) bersama Ketua Pemuda Kuching dan Samarahan United Chinese Association, Lim Chea Ting (tiga kanan), Pengurus Jualan Yeo’s (Kuching) Tay Boon Huat (dua kiri), Pengurus Kanan See Hua Group Lionel Tiong (tiga kiri) bersedia melepaskan peserta semalam.

BERSEDIA: Pengarah Tea FM Chia Chew Boon (dua kanan) bersama Ketua Pemuda Kuching dan Samarahan United Chinese Association, Lim Chea Ting (tiga kanan), Pengurus Jualan Yeo’s (Kuching) Tay Boon Huat (dua kiri), Pengurus Kanan See Hua Group Lionel Tiong (tiga kiri) bersedia melepaskan peserta semalam.

KUCHING: Walaupun hujan tanpa henti namun tidak menghalang lebih 300 peserta larian 2016 T-Run 1.0 buat julung kalinya di Crown Towers pagi semalam.

Majlis tersebut merupakan anjuran Tea FM bersama Federation of Kuching and Samarahan United Chinese Association (seksyen belia), The Borneo Post dan See Hua Daily News.

Acara terbahagi kepada tiga kategori iaitu 7km (lelaki), 7km (wanita) dan 3km terbuka.

Juara kategori 7km (lelaki) dimenangi Sunny Jong, tempat kedua Jong Kit Siong dan ketiga Jee Yi Kang masing- masing membawa pulang pingat dan wang tunai RM300, RM200 dan RM100 seorang.

Bagi kategori sama untuk wanita menyaksikan Tang Sii Eng di tempat pertama, disusuli Joanna Eng (kedua) dan ketiga Julia Yap dengan membawa pulang wang tunai RM300, RM200 dan RM100 masing-masing serta pingat.

Begitu juga kategori 3km terbuka menyaksikan Kenny Kho muncul juara, di tempat kedua Chung Shi You dan ketiga Jack Teo sekali gus membawa pulang RM300, RM200 dan RM100 serta pingat.

Bagi kedudukan tempat keempat hingga sepuluh kategori 7km lelaki dan wanita iaitu Liaw Yun Teck, Teo Kuo Chuan, Philip Soh, Chai Kiang Kong, Kenneth Jong, Tom Jong, Philemon Ngu, Lynn Jong, Vivien Tan, Jessmine Chua, Choo Mei Hung, Kuek Siew Kiew, Young Lee dan Syamimah Ismail masing- masing mendapat RM50 seorang.

Bagi See Yao Fung, Gan Say Soon, Yii Hee Poh, Pan Hai Hua, Chin Siaw Hong, Ong Khim Seng dan Yii Lii Duan untuk kategori 3km terbuka masing-masing membawa pulang RM30.

Turut diadakan aktiviti lain seperti promosi penaja utama seperti redONE dan Yeo Hiap Seng Trading Sdn Bhd (Yeo’s) penaja minuman rasmi Oceanic Lime Drink dan Oceanic Pineapple Drink kepada setiap peserta.

Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd turut menaja dengan menyediakan 50 beg ‘goodies’ sebagai hadiah cabutan bertuah.

Turut disediakan hadiah cabutan bertuah lain penghawa dingin daripada Gree ditaja oleh KTS termasuk baucar makanan daripada Life Cafe.

 

Advertisement