Anda di sini

LBR: Mukah akan bertemu Limbang, Bintulu untuk lengkap perlawanan

Advertisement

MUKAH: Berbaki dua perlawanan, skuad Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Mukah kini hanya bertujuan untuk melengkapkan perlawanan ke atas dua pasukan.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Mukah (MuFA) Sarjan Ajahar Bakar, baki perlawanan adalah menentang Limbang dan Bintulu.

“Perlawanan menentang Limbang kita selaku tuan rumah dan akan bertandang ke Bintulu,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, Mukah tidak lagi dapat meneruskan saingan dan Limbang telah menempah kelayakan ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, pihaknya membangkitkan beberapa perkara mengenai penganjuran LBR iaitu berhubung peruntukan dan sistem jadual perlawanan.

“Peruntukan diberi untuk persediaan logistik kepada persatuan tidak mencukupi dan persatuan terpaksa menanggung kos selebihnya,” jelasnya.

Sementara itu, sistem jadual perlawanan yang terlalu lama turut mengganggu momentum pemain.

Ajahar mencadangkan LBR pada tahun berikutnya supaya diadakan dengan penggiliran tuan rumah.

Perkara itu bakal menjimatkan masa dan jadual perlawanan sekali gus dapat menjimatkan kos.

“Momentum pemain yang be r aks i turut tidak akan terganggu,” tambahnya.

Advertisement