Anda di sini

Penurunan nilai ringgit bersifat sementara: MCCCI

Advertisement

Malaysia mempunyai asas yang kukuh dan ringgit akan menikmati kadar pertukaran yang lebih baik

// Oleh Clare Cinderella //

MIRI: Dengan nilai ringgit yang mencecah RM4.41 berbanding 1 dolar Amerika (USD) semalam, masih ramai rakyat Malaysia tidak patah semangat serta berharap bahawa ringgit akan kembali di landasan yang betul lambat laun kelak.

Kemenangan Dona l d Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu, dilihat sebagai menjadi satu masalah berganda jika Trump terbukti antiperdagangan, dengan kenaikan kadar inflasi mungkin tidak dapat dielakkan.

Namun, ketika pasaran global cuba untuk menyesuaikan diri dengan ‘penaklukan’ Trump, ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang susut nilai namun turut berlaku kepada mata wang negara-negara lain.

Bagaimanapun, pengerusi Dewan Perdagangan dan Industri Cina Miri (MCCCI) Lee Khoi Yun berkata, beliau melihat perkara ini sebagai satu reaksi sementara sahaja.

“Memandangkan asas yang kukuh di Malaysia, ia hanya menunggu masa apabila wang akan mengalir semula dan ringgit menikmati kadar pertukaran yang lebih baik.

“Penduduk tempatan mesti kuat dan bersabar sementara kita menunggu masalah ini berakhir kerana banyak tanda yang menunjukkan pemulihan yang cepat dalam nilai ringgit kebelakangan ini,” katanya sambil menambah ringgit yang lebih rendah akan menarik pelancong datang ke negara dan negeri ini, sekali gus menjadikan eksport negara lebih menarik.

Dalam pada itu, sebuah pemaju tempatan berkata, umumnya kesan kejatuhan nilai ringgit ini amat memberi kesan atau impak kepada mereka yang berurusan dengan produk import dan bahan-bahan mentah.

“Kebanyakan perkara yang kita makan dan gunakan setiap hari adalah produk yang diimport dan projekprojek di mana harga tender projek itu akan menjadi berbeza berbanding dengan tiga hingga enam bulan lalu apabila kontraktor meletakkan tender mereka.

“Situasi ini berlaku disebabkan oleh kos bahan-bahan seperti besi keluli mungkin lebih tinggi daripada sebelum ini sebagai bahan mentah yang diimport.

“Apatah lagi dengan pekerja asing dan tempatan, kelak pastinya akan menuntut kenaikan gaji kerana kos sara hidup yang lebih tinggi, yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang yang lebih tinggi,” tambah beliau.

Pada masa yang sama, katanya, para pemaju percaya mata wang ringgit akan terus susut nilai untuk beberapa tahun akan datang.

Maka rakyat Malaysia harus melihat ini sebagai satu peluang untuk menghasilkan produk mereka sendiri yang setanding dengan produk import, jelasnya.

“Ia adalah masa untuk membeli produk kita sendiri. Keadaan ringgit yang terus mengalami susut nilai ini perlu dijadikan penanda aras bagi pengimport atau rakyat kita untuk tampil dengan barangbarang atau produk buatan sendiri, sama ada pembuatan, pertanian atau promosi pelancongan.

“Kita mesti menggalakkan ekonomi tempatan untuk berkembang dan tidak bergantung sepenuhnya kepada mata wang asing,” jelas Lee lagi.

Lee berkata, antara kesempatan yang perlu direbut daripada keadaan ini ialah meningkatkan eksport negara; memberi manfaat kepada perniagaan kecil tetapi hanya jika barangan mereka adalah berkualiti tinggi dan cukup kompetitif untuk bersaing dengan produk import.

Baru-baru ini, Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim pula berusaha untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kejatuhan ringgit adalah disebabkan oleh spekulasi dalam kalangan pelabur dan bukan disebabkan asas-asas (yang berlaku dalam) negara.

Advertisement