Anda di sini

Wushu: Elvis rangkul emas pertama S’wak

Advertisement

KUCHING: Pemenang dua pingat emas SUKMA Sarawak, Elvis Bong cemerlang menghadiahkan emas pertama buat Sarawak pada saingan Kejohanan Wushu Milo-Kementerian Pelajaran Malaysia- Persekutuan Wushu Malaysia (Milo-KPM-WFM) Ke-6, di Pulau Pinang kelmarin.

Pingat itu diperolehi menerusi acara jianshu selepas mengutip 9.24 mata dalam kategori Lelaki A berlangsung di Stadium Tertutup Sekolah Han Chiang.

Sementara pencabarnya hanya dibezakan 0.02 mata wakil dari Melaka, Ang Qi Yue manakala tempat ketiga bersama dimenangi Chang Men Da (8.91) dari Negeri Sembilan dan Kok Yi Wang (8.90) dari Johor.

Sebelum itu, Elvis meraih pingat perak menerusi acara changquan (Lelaki A) setelah dipintas Qi Yue dengan 9.24 berbanding 9.16 mata.

Manakala perak kedua Sarawak dimenangi Elvin Mackarther dalam saingan changquan Lelaki D12 selepas mengutip 8.60 mata mengatasi pencabar ketiga.

Skuad wanita tidak ketinggalan mempamerkan prestasi cemerlang turut menaiki podium setelah menyumbang gangsa menerusi Mandy Lim dalam acara nanquan dan nandao bagi kategori Wanita A.

Selain itu, dua lagi pingat Sarawak disumbangkan oleh Mok Xioa Yuan dan Ashley Chai Nie masing-masing dalam acara taijiquan (Lelaki B) dan daoshu (Wanita C).

Bagaimanapun, keputusan itu gagal menepati jangkaan pengurus pasukan, Tiong Yong Hee merasakan Sarawak boleh memenangi dua lagi emas.

“Kita mampu memenangi dua lagi emas selepas Alvin dan Elvis tewas dengan lawan mereka dalam jumlah perbezaan yang kecil.

“Tetapi, pujian harus diberikan kepada atlet-atlet kerana menunjukkan semangat juang tinggi dan memperolehi kejayaan pada kejohanan ini,” katanya.

 

Advertisement