Anda di sini

Regata Bot Naga: Wani-Wani Oya lakar sejarah tersendiri

Advertisement
 Datuk Mohd Naroden Majais menyampaikan hadiah kepada pasukan Wani-Wani Oya selaku juara kategori 20 Pekayuh Terbuka Antarabangsa di Tebingan Kuching kelmarin.

TAHNIAH: Datuk Mohd Naroden Majais menyampaikan hadiah kepada pasukan Wani-Wani Oya selaku juara kategori 20 Pekayuh Terbuka Antarabangsa di Tebingan Kuching kelmarin.

KUCHING: Wakil tempatan, Wani-Wani Oya melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai saingan akhir kategori 20 Pekayuh Terbuka Antarabangsa pada Regata Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2016 yang melabuhkan tirainya di Tebingan Kuching, kelmarin.

Lebih manis, kemenangan pertama buat pasukan dari Sarawak itu turut diperkuatkan dengan barisan pekayuh anak jati kelahiran negeri ini.

Kejayaan dramatik itu tercapai apabila kayuhan bertenaga pasukan Wani-Wani Oya melepasi garisan penamat sekali gus melunaskan impian bergelar juara temasya sukan air bertaraf antarabangsa itu.

Kecemerlangan Wani- Wani Oya di pentas akhir tersebut ternyata membuktikan pasukan itu mampu bergerak setanding pasukan antarabangsa.

Mencatatkan masa terpantas 1.34 minit pada peringkat akhir, meninggalkan tiga pencabar lain yang turut melibatkan penyertaan Team Dragon Boat Of West Borneo, Jang International Indonesia dan Landas.

Sehubungan itu, kemenangan itu mengesahkan kedudukan Wani-Wani Oya sebagai juara kategori terbuka antarabangsa sempena temasya tersebut.

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak menghantar beberapa pasukan pada temasya tersebut turut mempamerkan prestasi cemerlang dalam saingan kategori berasingan, 20 Pekayuh Campuran Terbuka Antarabangsa menerusi pasukan Sarawak Dragons yang diumumkan sebagai naib juara.

 

Advertisement