Anda di sini

Temuinya di #MAHA2016

Advertisement
 

#MAHA 2016 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agro-tourism International Show), sememangnya sebuah acara yang ditunggu-tunggu masyarakat tempatan dan negara-negara luar.

Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (MOA), #MAHA2016 yang diadakan dua tahun sekali akan berlangsung selama 11 hari di Malaysia Agro Exposition Park Serdang MAEPS) di Selangor dari 1-11 Disember, 2016 ini.

Diadakan dua tahun sekali, #MAHA 2016 ini dianjurkan bersama dengan program Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK).

Menariknya, acara kali ini merupakan yang terbesar pernah diadakan dengan 1,500 gerai setakat ini telah habis ditempah.

empahan gerai pada kali ini meliputi penyertaan daripada 20 negara luar yang terlibat dengan kegiatan pertanian dan industri berasaskan tani seperti Australia, Britain, Korea, Jepun, China, Thailand, Brazil, Netherland, dan sebagainya sekaligus dijangka akan mencakupi aspek pertanian dan makanan yang amat meluas. Apa sahaja yang anda inginkan mengenai pertanian, TEMUINYA DI #MAHA2016! 

 

'#OurFoodOurFuture', MAHA 2016 akan menyediakan pelbagai ruang untuk perdagangan, pelaburan, kerjasama dan pemindahan teknologi.

Tema ini dipilih kerana ia cuba menyedarkan orang ramai tentang pentingnya kedaulatan makanan, iaitu hak kita sebagai sebuah negara untuk menentukan dan mengawal sistem makanan dan pertanian kita sendiri, termasuk melindungi dan mengawal selia pengeluaran pertanian dan perdagangan dalam negeri, untuk mencapai matlamat pembangunan mapan.

Pada #MAHA 2016 fokus yang lebih tinggi diberikan ke atas pelancongan tani, perdagangan agro dan gaya hidup agro, beserta inovasi dan kemajuan teknologi terkini, dan usaha dalam meningkatkan sebanyak 30% penglibatan golongan usahawan remaja. 

Jika dilihat secara menyeluruh, pertanian moden bukan hanya menghasilkan atau membekalkan produk semata-mata tetapi pada masa yang sama ia dilihat mampu membantu meningkatkan keinginan pengguna untuk beriadah di luar rumah. 

Malah  #MAHA 2016 mempamerkan banyak usaha rekreasi dan percutian berasaskan pertanian yang turut menyediakan petani untuk pasaran khusus.

Selain itu, aspek pertanian kini turut memberikan tumpuan kepada pemakanan serta gaya hidup sihat dan mencegah masalah kesihatan dengan mengamalkan tabiat dan gaya hidup yang baik. 

__alt__

Apa yang pasti, #MAHA2016 menjanjikan sesuatu yang menarik untuk semua, tidak kira tua ataupun muda.

Antara produk-produk yang akan dipamerkan pada tahun ini termasuklah hasil-hasil pertanian segar, produk Agro-Bio dan teknologiproduk-produk halal, herba dan rempah, produk organik, produk florikultur dan landskap, produk speciality seperti penanaman rumpai laut dan sarang burung walit, jentera dan automasi. 

Pada masa yang sama, akan turut dimeriahkan #MAHA 2016 dengan pameran inovasi dan teknologi baru dalam bidang pertanian dan industri asas tani seperti pengurusan Agro-sisa, bioteknologi teknologi nano, serta teknologi lepas tuai.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai seminar perniagaan dan bengkel, pembentangan dan pelancaran produk, demonstrasi dan peraduan teknologi serta inovasi pertanian, agro bazaar, aktiviti pelancongan tani, promosi produk tani, persembahan budaya, masakan tradisional dan demonstrasi memasak, persembahan binatang peliharaan, pertandingan memancing, program kesejahteraan dan banyak lagi. 

Seminar yang telah dijadualkan mulai 5 hingga 10 Disember di Dewan D, yang akan disampaikan oleh mereka yang berpengalaman dengan tajuk-tajuk seperti Menjadi Agropreneur Berjaya Melalui Pemasaran Internet, Model Perniagaan Food Truck, pembiayaan Kewangan Untuk Pertanian dan sebagainya. Penyertaan adalah percuma secara walk-in.

Para pengunjung akan turut berpeluang memenangi sebuah Hilux Toyota jika mendapatkan Kad Edisi pelan Perlindungan Kemalangan Diri dari Agrobank di sepanjang acara tersebut. Bagi yang datang bersama keluarga, acara ini pastinya sesuatu memberikan anda satu pengalaman yang menarik yang mana anda berpeluang menyaksikan sendiri hasil-hasil pertanian yang unik seperti pisang seribu ataupun pisang belalai gajah, betik renek, limau kuku harimau serta buah-buahan bersaiz besar.

Pengunjung juga boleh membeli buah-buahan, sayur-sayuran, florikultur, landskap dan orkid dengan kualiti yang lebih tinggi serta harga menarik di MAHA 2016 dan anda tidak perlu risau untuk membeli dalam kuantiti yang besar kerana pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan sewaan motorsikal roda tiga bagi membantu membawa barangan anda ke kenderaan masing-masing.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati pengalaman menarik bersama keluarga di MAHA 2016 di MAEPS, Serdang di antara 1 - 11 Disember ini dan dapatkan buah-buahan, sayur-sayuran serta lain-lain barangan serta perkhidmatan berkaitan pertanian semasa acara tersebut. 

TEMUINYA DI #MAHA2016!   

  • oleh
  • Advertisement