Anda di sini

Kertas siasatan dibuka berhubung aktiviti pengorekan batu haram di Sungai Liwagu

Advertisement

KOTA KINABALU: Kertas siasatan mengenai kegiatan mengorek batu di Sungai Liwagu, Ranau akan dibuka sebaik semua maklumat diperlukan berjaya diperolehi, kata Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Safar Untong.

Beliau berkata tindakan itu bagi menyiasat aktiviti pengorekan batu di berkenaan yang dijalankan secara tidak haram.

Katanya, berikutan aduan diterima, dua pasukan penguat kuasa diarah untuk membuat serbuan ke kawasan Sungai Liwagu pada Ahad lalu bagi mengenal pasti pihak terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Hasil serbuan, pasukan penguat kuasa berjaya merampas timbunan batu yang sudah dihancurkan dalam anggaran 350 tan. Bagaimanapun, tiada pekerja yang berjaya ditangkap ketika serbuan dijalankan.

“Proses rampasan masih berjalan dan kita memerlukan tiga hingga empat hari bagi mengambil semua batu yang telah dihimpunkan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Safar memberi jaminan bahawa Jabatan Tanah dan Ukur akan sentiasa memantau sebarang aktiviti pengorekan pasir dan batu yang dijalankan di seluruh negeri sebagai langkah melumpuhkan aktiviti pengorekan secara haram.

Advertisement