Anda di sini

MDS sedia cabar Sukan PBT

Advertisement

Kontinjen dibarisi 40 peserta terbaik terdiri daripada 30 kakitangan dan 10 ahli

// Oleh Harry Ilias //

 Awla menyerahkan replika cek kepada Timbalan Pengerusi Ahli MDS, Kounselor Japar Mustapa (dua kanan) sambil disaksikan yang lain.

TERIMALAH: Awla menyerahkan replika cek kepada Timbalan Pengerusi Ahli MDS, Kounselor Japar Mustapa (dua kanan) sambil disaksikan yang lain.

KUCHING: Majlis Daerah Simunjan (MDS) bersedia melaungkan cabaran pada Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2016 yang dijadual berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober ini bertempat di Kolej Multimedia, Petra Jaya.

Bagi memastikan misi itu tercapai, kontinjen MDS akan mempertaruh seramai 40 peserta terbaik yang diwakili oleh 30 kakitangan dan 10 ahli MDS.

Mereka akan menyertai lapan acara sukan iaitu bola sepak, badminton, bola tampar, futsal lelaki, sepak takraw, pingpong, karom dan dart.

Semalam, berlangsung majlis penyerahan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Kelab Sukan dan Sosial dan Kelab Ahli MDS bertempat di bilik mesyuarat pejabat MDS semalam.

Ia disempurnakan oleh Ahl i Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

“Saya berharap ahli MDS akan bersikap lebih proaktif dan memainkan peranan dalam mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Saya juga berharap sumbangan ini digunakan sebaiknya oleh kedua kelab,” katanya semalam.

Sebagai suntikan moral, Awla menjanjikan insentif khas kepada mana-mana pasukan yang berjaya di mana pasukan yang bergear juara akan menerima RM500, naib juara RM300 dan tempat ketiga RM100.

Beliau turut menaruh harapan tinggi agar MDS dapat melakar kejayaan cemerlang pada temasya sukan itu kelak.

Advertisement