Anda di sini

Lelaki bunuh isteri dijatuhi hukuman mati

Advertisement

SIBU: Mahkamah Tinggi semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh.

Tertuduh dikenali Serberry Selih Kaya.

Hakim Supang Lian ketika menjatuhkan hukuman memberitahu, Serberry didapati bersalah menyebabkan kematian Jara Jimbat dua tahun lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 4 Julai 2014 antara jam 1 hingga 1.30 petang di kaki lima luar sebuah rumah di Sibu Jaya.

Suspek dan si mati (Jara) merupakan pasangan suami isteri dan mereka dilaporkan berkahwin pada 31 Mei 2012.

Mengikut laporan, suspek mendatangkan kecederaan menggunakan objek tajam sehingga meragut nyawa mangsa.

Mengikut laporan, si isteri dipercayai keluar dari rumahnya untuk menyelamatkan diri sebelum rebah dan meninggal dunia.

Advertisement