Anda di sini

Borneo Island kejutkan KSK Satok

Advertisement

Oleh Harry Ilias//

 Penjaring gol untuk pasukan KSK Satok, Norman Ibrahim (kanan) melibas bola sambil diasak pemain pertahanan Borneo Island, Nur Aris Azumi Shamsuri (kiri) pada perlawanan yang berlangsung di Padang C, Petra Jaya.

TANGKAS: Penjaring gol untuk pasukan KSK Satok, Norman Ibrahim (kanan) melibas bola sambil diasak pemain pertahanan Borneo Island, Nur Aris Azumi Shamsuri (kiri) pada perlawanan yang berlangsung
di Padang C, Petra Jaya.

KUCHING: Pasukan ‘underdog’ Borneo Island melakar kejutan apabila berjaya menewaskan KSK Satok 2-1 pada kempen Liga Kuching LSC 2016 yang berlangsung di Padang C, Petra Jaya petang semalam.

Penyerang muda, Mohamad Adif Salim muncul wira buat anak didik Mohd Denny Da’ail selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-78.

Borneo Island terlebih terdahulu memimpin perlawanan hasil jaringan awal Wan Badzreen Wan Yusuf minit ke-41.

Sebelum KSK Satok bangkit mengikat kedudukan 1-1 menerusi gol dijaringkan Norman Ibrahim minit ke- 76.

Aksi kedua-dua pasukan seimbang sepanjang perlawanan malah masing-masing berpeluang menambah koleksi jaringan seandainya jentera penyudah lebih efektif.

“ Kemenangan pertama ini diharap menjadi pencetus semangat para pemain dan saya ia dapat diteruskan pada perlawanan seterusnya kelak,” ujar Pengurus Pasukan Borneo Island Datuk Posa Majais semalam.

Menurut Posa, beliau kagum dengan semangat juang dipamerkan para pemainnya sepanjang perlawanan tersebut.

Kemenangan tersebut membolehkan Borneo Island mengumpul empat mata selepas seri (2-2) menentang Axis FC selain kalah (1-0) ketika menentang IEM/SJN F.C dan tewas (2-0) di tangan Petra Giant FC.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan DBKU bangkit dari lamunan dengan membelasah Al-Malizia 6-0 di Padang Padang D, Petra Jaya.

Ia juga merupakan kemenangan pertama buat skuad berpengalaman setelah hanya dilabel sebagai pakar seri untuk tiga perlawanan sebelum ini.

Advertisement