Anda di sini

Masyarakat Dayak diajak bersatu padu, bekerjasama

Advertisement
 Majang meneliti buku GADS dan cadangan membangunkan masyarakat Dayak menerusi ekonomi yang disampaikan oleh Vicky sambil disaksikan ahli-ahli exco GADS Pusat.

BERMINAT: Majang meneliti buku GADS dan cadangan membangunkan masyarakat Dayak menerusi ekonomi yang disampaikan oleh Vicky sambil disaksikan ahli-ahli exco GADS Pusat.

MIRI: Masyarakat Dayak di negeri ini diajak bersatu padu dan saling bekerjasama dengan satu sama lain jika mahu maju dan membangun seiring dengan bangsa lain lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggie berkata melalui kerjasama bukan sahaja dapat menyatupadukan masyarakat Dayak tetapi membantu dalam usaha me-ningkatkan pendapatan ke-luarga masing-masing melalui aktiviti ekonomi.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa gembira dan bangga dengan usaha Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) kerana berjaya mengembangkan sayap mereka ke Bintulu.

“Sempena penubuhan GADS di sini, saya ingin mengajak masyarakat Dayak di Bintulu bekerjasama dan bersatu membangun serta maju dalam semua perkara seiring dengan bangsa lain lebih-lebih lagi dalam bidang ekonomi,” katanya pada Majlis Suai Kenal GADS Bintulu di sini malam kelmarin.

Majang berkata, beliau berbincang dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi membantu masyarakat Dayak yang baharu berjinak dalam bidang perniagaan dan berminat membuka perniagaan di kawasan Sungai Plan, Bintulu terutama aspek kese-lamatan dan panduan wajar dipatuhi.

Sementara itu, Presiden GADS Pusat dan GADS Wilayah Utara Vicky Gulin Shandom menggesa masyara-kat Dayak di Bintulu yang berminat dan terbabit dalam bidang ekonomi bersama-sama mendaftar dan menyer-tai GADS.

Katanya sokongan mereka (menyertai GADS) pen-ting kerana bukan sahaja membantu mengukuhkan persatuan malah menguatkan ‘suara’ GADS menuntut hak-hak masyarakat Dayak dalam bidang ekonomi.

“GADS merupakan landasan masyarakat Dayak bersuara dan meminta hak-hak mereka berkongsi menikmati kemerdekaan.

“Justeru persatuan kita per-lu kuat agar suara kita juga kuat dan dapat didengar dengan lantang,” tambahnya.

“Bagaimanapun, matlamat itu tidak dapat dicapai dengan jaya sekiranya kita tidak menyokong dan be-kerjasama dengan pemimpin kaum Dayak yang memiliki kedudukan seperti wakil rakyat serta menteri-menteri,” jelas beliau.

Katanya sudah tiba masa-nya masyarakat Dayak bersatu dan memulakan perubahan baharu dalam kehidupan serta corak pemikiran mereka agar mampu mencetuskan idea membangun dan memajukan masyarakat Dayak.

Dalam ucapannya, Vicky turut menjelaskan bahawa GADS merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan matlamat menghimpunkan masyarakat Dayak seiring serta sependapat membangun dan memajukan pemikiran Dayak, menyatu-padukan dan bekerjasama menerusi bidang perniagaan dan ekonomi.

Advertisement