Anda di sini

156 anggota RELA daripada 26 rumah panjang sertai kursus

Advertisement
 Anggota dan pegawai RELA bergambar beramai-ramai sebaik sahaja tamat kursus tersebut.

KURSUS ASAS: Anggota dan pegawai RELA bergambar beramai-ramai sebaik sahaja tamat kursus tersebut.

SIBU: Seramai 156 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daripada 26 rumah panjang mengambil bahagian pada Kursus Asas Siri 2/2016 di Kantin Lalang, Bawang Assan.

Pegawai RELA Sibu Leftenan Kolonel (RELA) Awis Adenan berkata kursus itu diteruskan pada masa akan datang bagi memahirkan anggota baharu dengan peranan pasukan sukarelawan.

Katanya kursus berkenaan mendedahkan anggota tentang kefahaman asas fungsi dan tanggungjawab RELA selain meningkatkan penampilan diri dengan sentiasa bersikap positif.

“Kursus sehari ini bagi menyemaikan sikap setia kawan, profesionalisme dan kecintaan kepada negara selain memberi pendedahan terhadap pengurusan dan pengendalian senjata api,” katanya di sini semalam.

Menurut Awis, RELA merupakan sebuah pasukan yang membantu agensi kerajaan mengekalkan keselamatan dan perpaduan negara.

Justeru, adalah penting bagi setiap anggota memiliki disiplin tinggi dan sentiasa mengutamakan imej pasukan RELA.

Advertisement