Anda di sini

Polis cari pemandu kereta terlibat kemalangan maut

Advertisement
 Keadaan kereta yang melanggar dua motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lee Chong Eu, di George Town awal pagi semalam. Kejadian 4.40 pagi itu terjadi setelah sebuah kereta jenis Honda City merempuh dua motosikal yang dinaiki dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun. — Gambar Bernama

REMUK: Keadaan kereta yang melanggar dua motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lee Chong Eu, di George Town awal pagi semalam. Kejadian 4.40 pagi itu terjadi setelah sebuah kereta jenis Honda City merempuh dua motosikal yang dinaiki dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun. — Gambar Bernama

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dua orang maut di Lebuhraya Lim Chong Eu awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata siasatan awal polis mendapati kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan ke Bayan Lepas apabila bertembung dengan dua motosikal.

“Kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kami sedang mencari pemandu kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Faris Md Nasir, 19, dari Bayan Lepas dan Yusman Arief Jamaluddin, 21, dari Taman Sri Gedung Sg Petani, Kedah yang bekerja sebagai posmen.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. — Bernama

Advertisement