Anda di sini

Adik mati bergaduh dengan abang

Advertisement

 Anggota polis mengangkat mayat yang ditemukan dalam kejadian amuk dan bunuh membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita di Kampung Lanai, Kupang di Baling, semalam. — Gambar Bernama

KES AMUK: Anggota polis mengangkat mayat yang ditemukan dalam kejadian amuk dan bunuh membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita di Kampung Lanai, Kupang di Baling, semalam. — Gambar Bernama

Turut meninggal ibu saudara yang cuba menyabarkan adik-beradik itu

BALING: Seorang adik meninggal dunia setelah dikatakan bergaduh dengan abangnya di rumah mereka di Kampung Lanai, Kupang dekat sini pagi semalam.

Turut meninggal ialah ibu saudara kepada kedua-duanya yang cuba menyabarkan mereka berdua.

Ibu mereka Che Piah Shafie, 66, berkata sebelum itu berlaku pergaduhan antara kedua-dua anaknya itu.

Beliau berkata anaknya yang lebih tua itu yang berumur 31 tahun mempunyai masalah mental yang pada mulanya didapati telah bertengkar dengan adiknya Mohd Azuan Wahab, 25.

“Ia cuma pergaduhan mulut biasa saja. Abangnya kata adiknya yang juga anak bongsu saya hanya menyusahkan saya kerana dia lumpuh dan tidak mampu bergerak,” katanya.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, si abang dipercayai memukul adiknya dengan parut kelapa dan kemudian memukul dengan bata ibu saudara mereka yang cuba meleraikan pergaduhan mereka.

Che Piah berkata anaknya yang lebih tua itu sering ke hospital bagi mendapatkan ubat dan baharu sahaja mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kelmarin.

Sementara itu kakak kedua-duanya Zurina Wahab, 39, berkata dia terdengar kedua-dua adiknya bergaduh sebelum melihat si abang memukul si adik.

Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang menyiasat. — Bernama

Advertisement