Anda di sini

Unaco umum pemenang peraduan cabutan bertuah

Advertisement

Pemenang diminta hadir di Unaco Jalan Stutong, 3 Okt

// Oleh Siti Aisyah Ramli //

 Wakil pembekal Kumpulan Syarikat Unaco mencabut penyertaan pada satu majlis cabutan nama pemenang di Kuching, semalam.

CABUT DAN MENANG: Wakil pembekal Kumpulan Syarikat Unaco mencabut penyertaan pada satu majlis cabutan nama pemenang di Kuching, semalam.

KUCHING: Peraduan Cabutan Bertuah Ulang Tahun Ke-15 Kumpulan Syarikat Unaco kini sampai ke kemuncak apabila syarikat terbabit mengumumkan nama pemenang dalam pada majlis cabutan nama, di sini semalam.

Peraduan yang bermula 15 Julai sehingga 15 September itu menyaksikan sebanyak 38 penyertaan dicabut bagi 11 kategori merangkumi kategori hadiah utama, tempat pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan serta sagu hati.

Pemenang bertuah yang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Honda Civic 1.8S (A) (tidak termasuk pendaftaran cukai jalan dan insurans kenderaan) berjaya dirangkul oleh Dominic Lendang (850515-13-xxxx).

Tiga pemenang bertuah bagi kategori hadiah tempat pertama ialah Chai Jung Khing (740103-13-xxxx), Wong Kee Kwong (610724-13-xxxx) dan Azizul Supi (831215-13-xxxx) yang membawa pulang hadiah berupa Perodua Axia Standard G (Auto) (Agigz) tidak termasuk pendaftaran cukai jalan dan insurans kenderaan.

Bagi tiga pemenang bertuah tempat kedua pula, mereka membawa pulang motosikal Honda Wave Alpha E yang masing-masing dimiliki oleh Vun Jan Khok (711117-13-xxxx), Zanudin Ujang (651210-13-xxxx) dan Mohd Hairy Abdullah (741209-13-xxxx).

Manakala bagi tiga pemenang bertuah tempat ketiga iaitu Kueh Ai Lee (700120-13-xxxx), Quraisia Banu A.Sultan Abdul Kader (811001-13-xxxx) dan Fetimah Bujang (620927-15-xxxx), masing-masing berjaya membawa pulang hadiah berupa televisyen LED Sony Bravia 55”.

Pemenang tempat keempat membawa pulang peti sejuk Sharp J-Tech dan mereka ialah Ameruddin Azhar (000421-01-xxxx), Liew Yaw Wen (790106-13-xxxx) dan Wong Jong Min (480722-71-xxxx).

Hadiah Sony Xperia Z5 Premium Dual dimenangi oleh Fauziah Umar (741014-13-xxxx), Halimah Mohd Sulaiman (700330-13-xxxx) dan Tiong Mei Sieng (820319-13-xxxx).

Pemenang tempat keenam membawa pulang Sony PS4 Limited Edition 500GB dan mereka ialah Mohammad Hatarrali Sharkawi (801010-13-xxxx), Lau Poun Hieng (930331-13-xxxx) dan Fatimah Bojing (630511-13-xxxx).

Pemenang tempat ketujuh membawa pulang Sistem Audio Sony MHC-V7D dan mereka ialah Sajali Bujang (780311-13-xxxx), Iyzzatul Iyzzam Abdul Rahman (910606-13-xxxx) dan Liew Kui Chan (830702-13-xxxx).

Bong Peng Pau (661105-13-xxxx), Nurul Khairunnisa Karim (920920-13-xxxx) dan Afiza Hossen (830121-13-xxxx) pula membawa pulang hadiah kelapan yang berupa mesin basuh automatik Sharp.

Pemenang tempat kesembilan iaitu Sim Yang Khoon (650416-13-xxxx), Ganis Abi (590101-13-xxxx) dan Lucy Jangen (750612-13-xxxx) membawa pulang ketuhar elektrik Akira.

Manakala 10 hadiah sagu hati berupa penyedut habuk Electrolux ZM01530M dimenangi oleh Rahana Galok (760401-13-xxxx), Buang Umar (620921-13-xxxx), Mohamad Saiful Bahani Rosli (770121-13-xxxx), Helimon Hasbi (770524-13-xxxx), Then Shak Ping (640111-13-xxxx), Marini Razali (840402-13-xxxx), Sadit Clerance Abdullah (740418-13-xxxx), Robica Bai (840629-13-xxxx), Tay Ngain Chai (480313-71-xxxx) dan Berdiana Sinthia Dewi (A5057251).

Setiap pemenang dikehendaki hadir ke Pasaraya Unaco Cawangan Jalan Stutong pada majlis penyampaian hadiah yang dijadualkan pada hari Isnin (3 Oktober) pada jam 9.30 pagi dan khidmat penghantaran hadiah adalah tidak disediakan dan pemenang diberi tempoh sebulan bermula semalam (26 September) untuk menuntut hadiah yang telah dimenangi.

Hadir sama pada majlis cabutan nama tersebut ialah Pengurus Pembelian Unaco Su serta Eksekutif Pentadbiran Unaco Kho Lai Hing.

Advertisement