Anda di sini

Dua warga China maut nahas

Advertisement

ta04160

 Keadaan lori dan Hilux (gambar kanan) dalam kemalangan itu.

TERBALIK: Keadaan lori dan Hilux (gambar kanan) dalam kemalangan itu.

SIBU: Dua lelaki warganegara China maut, manakala tiga rakan senegara mereka cedera dalam nahas jalan raya di Kilometer 88, Jalan Selangau-Bintulu semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau ketika dihubungi Utusan Borneo mengesahkan kejadian tersebut melibatkan sebuah lori Nissan dan Toyota Hilux yang dinaiki oleh lima warganegara China terbabit pada jam 12.55 tengah hari semalam.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Lou Chang Jun, 45, dan Guo Liang, 25, manakala pemandu lori yang hanya dikenali sebagai Mancha, 35, mengalami kecederaan ringan.

Menurut Jimmy, kemalangan berlaku apabila lori yang menghala ke Bintulu dari Sibu dipercayai dirempuh oleh pacuan empat roda terbabit di bahagian tayar belakang menyebabkannya tercabut.

Katanya, tiga lagi penumpang di dalam Hilux telah dihantar ke Hospital Bintulu dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Pemandu Hilux disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang penumpang yang duduk di belakang pemandu mati di Klinik Kesihatan Tatau,” jelas Jimmy.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement