Anda di sini

SEB terima kelulusan rasmi teruskan projek HEP Baleh

Advertisement

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menerima kelulusan rasmi daripada kerajaan negeri untuk meneruskan projek kuasa hidroelektrik (HEP) Baleh.

Projek tersebut dijangka siap menjelang tahun 2025 dan bakal menjadi salah satu daripada projek infrastruktur terbesar di Sarawak dengan menambah tambahan 1,285 MW (megawatt) tenaga elektrik boleh diperbaharui ke grid negeri ini.

“Kami gembira untuk mengumumkan bahawa kami telah menerima kelulusan rasmi projek daripada pihak kabinet, susulan daripada kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar dan Sosial yang dilaporkan pada tahun lepas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datuk Torstein Dale Sjotveit, semalam.

Empangan konkrit dengan timbusan batuan akan ditempatkan kira-kira 95km dari pertemuan  Sungai Rajang di bahagian Kapit dan Sungai Baleh.

Menurutnya tidak terdapat sebarang penempatan semula yang terlibat dalam pembangunan projek.

Pembinaan dijangkakan bermula secara berfasa-fasa dan yang pertama akan dimulakan sebelum akhir tahun ini.

Selain peluang perniagaan, fasa pembinaan itu turut dijangka mewujudkan kira-kira 3,500 peluang pekerjaan.

Pihak SEB bekerjasama dengan masyarakat Kapit untuk memastikan bahawa manfaat daripada pembinaan tersebut dapat diguna pakai oleh penduduk tempatan sepenuhnya.

“Kami telah melibatkan banyak pihak berkepentingan untuk memahami aspirasi masyarakat dan juga untuk memenuhi agenda pembangunan negeri.

“Kerja mengemas kini yang lebih komprehensif kepada pelan selain memaksimumkan kepentingan warga tempatan juga telah dilakukan.

“Penyertaan daripada pihak kontraktor tempatan dengan kontraktor luar negara akan menyebabkan pengurusan, teknologi serta perkongsian pengetahuan berlaku yang bakal memberi manfaat kepada mereka pada masa depan,” tambahnya.

Dalam kenyataannya semalam, SEB telah menaja anak tempatan Kapit menjalani latihan teknikal di institusi tempatan dalam menyediakan mereka peluang pekerjaan.

Syarikat itu juga menyokong program pendidikan untuk sekolah-sekolah dalam kawasan terbabit dengan menyumbang komputer dan menganjurkan motivasi bengkel bersama Maktab Perguruan Sarawak baru-baru ini.

Pihaknya menyampaikan penghargaan kepada kerajaan negeri dan penduduk tempatan Kapit kerana memberi kepercayaan tersebut serta berharap untuk melihat masyarakat, kontraktor, pembekal dan pembekal perkhidmatan mendapat manfaat daripada ini, “kata Torstein.

 

SEB yang merupakan ahli kepada Persatuan Kuasa Hidro Antarabangsa (IHA) komited untuk melaksanakan projek dengan penuh tanggungjawab, dengan cara yang mapan, selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Protokol Penilaian Kelestarian Kuasa Hidro dan amalan terbaik dalam industri itu.

HEP Baleh adalah antara yang terbesar yang pernah dibangunkan oleh pihak SEB dalam usaha negeri mencapai status negara berpendapatan tinggi melalui perindustrian pada 2030 nanti.

Ia adalah projek kuasa hidro kedua syarikat itu di bawah inisiatif SCORE selepas HEP Murum. Projek pertama kuasa hidro adalah di HEP Batang Ai  yang kini telah berusia 31 tahun pada tahun lepas.

Sejak bermulanya inisiatif besar SCORE di Sarawak, empangan hidroelektrik yang terdapat di negeri ini telah memberikan kuasa pukal boleh diperbaharui pada harga yang kompetitif di peringkat global kepada pelabur tenaga intensif di Taman Perindustrian Samalaju dan Mukah serta pelanggan eksport negeri.

HEP Baleh ditetapkan untuk dapat memenuhi pertumbuhan kukuh yang dijangkakan untuk permintaan tenaga elektrik terutama di Samalaju Industrial Park.

Permintaan tenaga telah dipercepatkan dengan jualan tenaga yang semakin meningkat daripada 4,700 Gwh pada 2009 kepada lebih daripada 20,000 Gwh pada 2016.

Dari tahun 2010 hingga 2015, kapasiti tenaga (elektrik yang boleh dihasilkan daripada loji kuasa) meningkat dengan ketara daripada 1,300MW kepada 4,600MW, dijangka meningkat kepada 5,300MW pada 2020.

Advertisement