Anda di sini

Penduduk Sibuti berpeluang tingkat pendapatan sara hidup

Advertisement

MIRI: Penduduk di kawasan Parlimen Sibuti berpeluang meningkatkan pendapatan sara hidup melalui pelbagai peluang ekonomi terutama pertanian dan perikanan.

Ahli Parlimennya Ahmad Lai Bujang berkata setakat ini pelbagai bantuan kerajaan diterima bagi meningkatkan pendapatan penduduk terlibat dalam pelbagai aktiviti.

“Pananaman kelapa sawit sebagai salah satu contoh, ramai keluarga mendapat bantuan benih daripada kerajaan dan sekarang ada yang mampu berdikari tanpa bantuan kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, pengusahaan tanah kini tidak sukar dan boleh mendapat pengesahan daripada ketua masyarakat.

Bukan sahaja kelapa sawit, benih dan bantuan pelbagai buah-buahan dan sayuran juga tidak terkecuali diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

Selain itu, nasib nelayan terbela melalui pelbagai kemudahan dan bantuan daripada kerajaan.

Antaranya kewujudan gerai untuk nelayan menjual hasil tangkapan mereka secara langsung kepada pengguna tanpa melibatkan orang tengah iaitu di Kuala Sibuti, Bungai, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bakam (dua tempat), Luak dan termasuk di Kuala Baram Batu Satu serta Piasau Utara,” katanya.

Tambahnya, ini tidak termasuk elaun sara hidup, subsidi minyak, peralatan serta kelengkapan menangkap ikan yang masih diberikan bantuan secara berterusan oleh kerajaan.

“Apa yang penting petani dan nelayan harus pandai mengurus secara bijak setelah menerima bantuan kerajaan,” jelasnya.

Advertisement