Anda di sini

Se-Tech rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton SDNU

Advertisement
 Pemain Se-Tech bersama penganjur selepas tamat perlawanan. Turut kelihatan Nait (lapan kanan) dan Churchill (tujuh kanan) kelmarin.

RAI KEJAYAAN: Pemain Se-Tech bersama penganjur selepas tamat perlawanan. Turut kelihatan Nait (lapan kanan) dan Churchill (tujuh kanan) kelmarin.

KUCHING: Pasukan Se-Tech merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Kesatuan Dayak Sarawak Kebangsaan (SDNU) edisi ke-6 sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

Kejayaan itu membolehkan Se-Tech membawa pulang Piala Cabaran Tan Sri William Mawan Ikom dua kali berturut-turut selain wang tunai RM3,000.

Skuad itu kini menanti edisi berikutnya bagi juara hatrik memastikan trofi kejohanan sah menjadi milik mereka.

Mengambil kira pencapaian lalu, Se-Tech merupakan juara pada edisi 2012, 2013 dan 2015 bagaimanapun menamatkan saingan di tempat kedua pada edisi 2014.

Justeru itu, pasukan tersebut optimis dalam mencapai matlamat untuk membawa pulang piala itu secara mutlak.

Sebanyak 24 pasukan menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung di Pusat Sukan Sentosa, Jalan Stakan dekat sini kelmarin.

Penyelaras kejohanan dan penasihat teknikal, Ngalih Tinggi berkata pertandingan badminton anjuran SDNU itu merupakan salah satu program mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta.

Turut hadir pengerusi penganjur, Datuk Paduka Anthony Nait Main dan Ketua Pemuda SDNU, Churchill Edward.

 

Advertisement