Anda di sini

Polis berjaya berkas suspek kes rompak

Advertisement
 Suspek (dua kiri) dibawa ke lokasi motosikal terbabit ditemui di Jalan Mantis di Sibu, petang kelmarin.

TAHAN: Suspek (dua kiri) dibawa ke lokasi motosikal terbabit ditemui di Jalan Mantis di Sibu, petang kelmarin.

SIBU: Polis berjaya memberkas seorang suspek terlibat dalam kes rompak di Jalan Pulau di sini pada 10 September lalu.

Tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki berbangsa Melayu  berusia 28 tahun sekitar jam 2 petang kelmarin di sebuah hotel Jalan Wong Nai Siong di sini.

Berdasarkan soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut bersama dua rakannya dikatakan masih bebas.

Bertindak atas maklumat, sekitar jam 3 petang sejurus selepas penangkapan suspek, polis merampas sebuah motosikal jenis Modenas Kriss menggunakan nombor pendaftaran palsu di tempat letak motosikal di Jalan Mantis di sini.

Suspek dibawa bersama oleh polis mengesan motosikal terbabit dan suspek memberi kerjasama menunjukkan arah tempat motosikal disembunyi.

Suspek kemudian direman selama enam hari iaitu sehingga 23 September ini.

Polis memberi jaminan mengesan dua lagi rakannya dipercayai masih bebas.

Dalam kejadian 10 September lalu sekitar jam 1 pagi, seorang lelaki menunggang motosikal dipercayai disamun oleh suspek terbabit bersama dua lagi rakannya ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Miri menuju kediaman ibu bapanya di Bawang Assan.

Kejadian berlaku di Jalan Pulau berhampiran Tua Pek Kong di mana mangsa seorang pemandu lori kargo dihalang laluannya oleh tiga suspek terbabit ketika melalui jalan tersebut.

Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang balik kerja.

Pada mulanya, suspek meminta mangsa menyerahkan beg sandangnya namun permintaan mereka ditolak oleh mangsa sehingga menyebabkan salah seorang suspek memukul kepalanya dengan topi keledar.

Mangsa dikatakan pengsan selepas serangan itu dan apabila tersedar motosikalnya hilang bersama dengan beg sandangnya mengandungi wang tunai RM150 dan dokumen peribadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Martin Koo mengesahkan penangkapan tersebut ketika dihubungi semalam.

Advertisement