Anda di sini

Miri berpotensi jadi sebuah pusat sukan pelancongan

Advertisement
 Lee (dua kanan), Adam (kanan), James dan yang lain pada perasmian pejabat MMA di Bulatan Park, Miri semalam.

RASMI: Lee (dua kanan), Adam (kanan), James dan yang lain pada perasmian pejabat MMA di Bulatan Park, Miri semalam.

MIRI: Bandaraya Miri berpo­tensi menjadi salah sebuah pusat sukan pelancongan di Sarawak melalui pelbagai aktiviti sukan.

Menteri Muda Pelancon­gan, Datuk Lee Kim Shin berkata antaranya pengan­juran larian maraton yang bakal dianjurkan tahun depan iaitu Maraton Miri.

“Acara Maraton Miri bakal disertai pelancong luar ne­gara, dengan itu saya pasti Miri bakal menjadi salah satu kawasan tarikan sukan pelancongan,” katanya pada perasmian pejabat Persatuan Maraton Miri (MAA) di sini semalam.

Lee memberitahu, sukan seperti maraton sudah mem­punyai asas tarikan yang baik namun harus ada usaha berkesinambungan memas­tikan ia mendapat sambutan berterusan.

Antaranya pelbagai pihak boleh menggembleng tenaga menampilkan Bandaraya Miri lebih hijau dan unik.

“Seperti di Taman Bulatan di sini boleh dijadikan ka­wasan larian lebih hijau den­gan pelbagai tanaman yang sesuai,” jelasnya.

Pada masa sama, Lee men­gucapkan tahniah kepada MMA kerana berjaya men­ganjurkan acara meriah itu bagi penggemar sukan mara­ton terutamanya di sini.

Acara larian 916 anjuran MMA dibahagikan kepada dua kategoti iaitu larian ber­ganti dan enduran (tanpa henti) selama tiga jam.

Lee turut mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada MMA sejumlah RM10,000 pada majlis itu.

Turut hadir Pengerusi MMA, James Ling dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii.

Advertisement