Anda di sini

Jerayawara Acer di Wisma Saberkas tampil pelbagai kelainan

Advertisement
 Pengurus Pembangunan Perniagaan Acer Wong Ho Lock (kiri) dan kakitangan jualannya mempelawa warga kota untuk singgah ke gerai penembusan baucar di Wisma Saberkas, Kuching.

KUNJUNGI KAMI: Pengurus Pembangunan Perniagaan Acer Wong Ho Lock (kiri) dan kakitangan jualannya mempelawa warga kota untuk singgah ke gerai penembusan baucar di Wisma Saberkas, Kuching.

KUCHING: Acer menganjurkan jerayawara bertempat di Wisma Saberkas di sini, pada dua hujung minggu berturut-turut iaitu semalam (Jumaat) sehingga esok hari (Ahad) dan dari 23 hingga 25 September depan.

Sepanjang berlangsungnya jerayawara itu, pelanggan yang membeli mana-mana komputer atau komputer riba Acer daripada empat pengedar mengambil bahagian, layak untuk menebus baucar penginapan hotel tiga hari dua malam (3H 2M) untuk dua orang.

Wakil pengedar yang mengambil bahagian dalam jerayawara itu ialah Compumart Sales and Services, Compuway Marketing, Sri Sarjana dan PC Image.

Baucar penginapan hotel itu boleh ditebus di gerai penebusan Acer yang terletak di Tingkat ‘Upper Ground’, di luar Public Bank.

Sebagai tambahan, turut diadakan ialah cabaran kecergasan ‘13-Hour Outfit Challenge’, sebagai sebahagian daripada aktiviti promosi untuk model ‘Acer Aspire S13 Ultrabook’.

‘Acer Aspire S13 Ultrabook’ ditampilkan sebagai komputer riba ultra-nipis dan ringan selain hayat baterinya boleh bertahan sehingga 13 jam serta didatangkan dengan penyambung ‘USB 3.1 reversible Type-C’.

Dalam cabaran tersebut, anda hanya perlu mengambil seberapa banyak keping gambar ‘Outfit Of The Day’ (OOTD) dalam masa 13 jam setiap hari dan memuat naik gambar tersebut ke laman Facebook dan Instagram.

Kemudian, tekan ‘Like’ Acer Malaysia menerusi Facebook atau ikuti @my_acer di Intagram.

Hanya perlu memuat naik gambar OOTD ke akaun Facebook atau Instagram anda bermula jam 10 pagi hingga 11 malam bermula sekarang sehingga 25 September.

Setiap akaun hendaklah diletakkan dalam mod tatapan orang awam (public) dan disertakan sekali dengan hashtag #13hourOutfitChallenge, #myAcer dan #BeautyThatLasts.

Pemenang cabaran tersebut berpeluang memenangi hadiah harian yang disediakan selain berpeluang memenangi Aspire S13 serta pengambaran eksklusif untuk majalah fesyen. Layari laman sesawang: www.13houroutfitchallenge.com untuk maklumat lanjut.

Selain itu, turut diadakan ialah Peraduan Derma dan Menang, di mana peserta hanya dikehendaki menderma pen atau pensil sekali gus berpeluang memenangi Switch Alpha 12.

Maklumat diri peserta yang menderma pen atau pensil akan dicatat dan cabutan undi bertuah akan dilakukan bagi menentukan pemenang. Semua pen dan pensil yang didermakan akan disalurkan kepada beberapa badan amal tempatan.

Untuk ikut serta atau mengetahui lebih lanjut, kunjungi Jerayawara Acer di Wisma Saberkas hari ini!

Advertisement