Anda di sini

Boling Padang: 16 pasukan rebut kejuaraan

Advertisement
 Awang Mahyan (duduk tengah) dan Timbalan Presiden SALBA, Poniman Bejok (dua kanan) bersama ahli-ahli jawatankuasa penganjur dan peserta di Kuching semalam.

PENGANJUR: Awang Mahyan (duduk tengah) dan Timbalan Presiden SALBA, Poniman Bejok (dua kanan) bersama ahli-ahli jawatankuasa penganjur dan peserta di Kuching semalam.

KUCHING: Edisi keempat Kejohanan Boling Padang Piala Dato Sri Muhammad Ali Mahmud bakal menyak­sikan 16 pasukan mengambil bahagian untuk merebut kejuaraan.

Untuk tahun ini, ia akan berlangsung selama dua hari dari 17 dan 18 September bertempat di Arena Boling Padang, Petra Jaya.

Presiden Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA), Awang Mahyan Awang Mo­hamed berkata selain peny­ertaan beberapa universiti, beberapa pemain SUKMA XVIII juga akan meng­hangatkan edisi kali ini.

“Kita akan menggunakan kejohanan ini bagi memilih pemain-pemain yang akan mewakili Sarawak pada dua kejohanan kebangsaan yang juga akan berlangsung di sini.

“Pertandingan pertama ialah Kejohanan Piala Toh Puan Sagiyah yang akan ber­langsung pada 27 hingga 29 September ini.

“Manakala pertandingan kedua ialah Piala Tan Sri P Ramlee yang akan diadakan dari 30 September hingga 2 Okober depan,” katanya ditemui di sini semalam.

Menurut Awang Mahyan, kedua-dua kejohanan kebang­saan itu dijangka sengit kerana ia akan disertai pemain-pe­main terbaik dari Semenan­jung Malaysia, Labuan, Sabah dan Singapura.

Sehubungan itu, beliau mahu memastikan pemain-pemain negeri yang dipilih benar-benar yang terbaik dan mampu menggalas tugas yang diberikan.

Kejohanan Boling Padang Piala Dato Sri Muham­mad Ali Mahmud anjuran SALBA akan mempertand­ingkan kategori beregu campuran.

Pemenang tempat per­tama hingga keempat akan menerima piala, pingat dan wang tunai.

Advertisement