Anda di sini

e-pay (M) Sdn Bhd mahu kembangkan perniagaan ke Sarawak

Advertisement

 Simon (belakang kanan) dan Danny (kanan) bergambar bersama kakitangan syarikat di Kuching semalam.

BERPOTENSI: Simon (belakang kanan) dan Danny (kanan) bergambar bersama kakitangan syarikat di Kuching semalam.

KUCHING: Perkhidmatan pembayaran bil dan pelbagai di atas talian e-pay memasuki pasaran timur negara, Sarawak dalam misi untuk mengembangkan perniagaannya di sini.

Menurut Ketua Kumpulan, Perancangan Strategik GHL Systems Berhad, Danny Leong berkata e-pay (M) Sdn Bhd merupakan milik penuh syarikat GHL Systems Berhad sejak Februari 2014.

“Justeru itu,  kita mempunyai lebih daripada 23,000 poin jualan e-pay di seluruh negara.

“GHL pula melakukan perkhidmatan pembayaran debit dan kredit dan e-pay pula menjual perkhidmatan prabayar telekomunikasi, pembayaran bil dengan menggunakan mesin kredit yang sama

“Dengan jenis perniagaan yang sama kami bergabung untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan dan itu adalah pelan strategi pihak kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian E-Pay (M) Sdn Bhd di sini semalam.

Katanya lagi, sejak awal, e-pay tidak pernah wujud di timur negara ini, iaitu sejak 1999 sehingga pertengahan tahun 2016 tetapi kini pihaknya mempunyai rakan niaga e-pay lebih kurang 2,000 orang di Sabah dan Sarawak.

Keuntungan jualan pihaknya untuk bahagian timur negara sebelum ini telah menjangkau sebanyak RM40,000 juta sebulan.

Akan tetapi jumlah itu jelasnya masih lagi jumlah yang kecil termasuk saiz pasaran itu sendiri di sini.

Sejak 1 Jun pihaknya sedang dalam usaha untuk mengalih pandangan potensi yang terdapat di timur Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan e-pay.

Bermula sahaja 1 Januari 2017, perniagaan e-pay di Sarawak akan dilipatgandakan sebanyak dua kali ganda dengan lebih mantap dan besar lagi, tegasnya.

“Masih banyak ruang untuk membesar, seluruh Malaysia kita jalankan sebanyak 20 peratus dan di Sarawak hanya 5 peratus di dalam perkhidmatan prabayar dengan syarikat telekomunikasi sahaja.

“Kita melihat jumlah ini sebenarnya kecil daripada jumlah yang terdapat di kawasan Semenanjung negara dalam pasaran,” tambah Danny.

Turut hadir sama semalam adalah Pengurus Niaga Jualan Wilayah GHL Systems Berhad, Simon Chung Vui Chee dan Penolong Pengurus Niaga Jualan Kuching GHL Systems Berhad, Viviana Huisia.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Viviana di talian 082-462248/463348 atau layari perkhidmatan yang ditawarkan di www.e-pay.com.my.

Advertisement