Anda di sini

Jenayah ‘Macau Scam’, ‘African Scam’ dan Internet meningkat

Advertisement

Membabitkan kerugian sebanyak RM4,549,439.38 di Perak

 Sebahagian anggota polis wanita tidak melepaskan peluang mengibarkan  Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia Perak di IPK Perak semalam. — Gambar Bernama

RAIKAN BERSAMA: Sebahagian anggota polis wanita tidak melepaskan peluang mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia Perak di IPK Perak semalam. — Gambar Bernama

IPOH: Kerugian sebanyak RM4,549,439.38 membabitkan penipuan jenayah komersial seperti ‘Macau Scam’, ‘African Scam’ dan penipuan Internet telah dicatatkan dari Januari hingga Julai tahun ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata jumlah itu telah meningkat sebanyak RM3,107,194.38 atau 215.4 peratus berbanding RM1,442,245 bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Tahun lalu bagi tempoh Januari hingga Julai, jumlah penipuan Internet (jual beli barang dalam talian) adalah sebanyak 127 dan telah meningkat kepada 224 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.

“Bagi Macau Scam pula sebanyak 16 kes dicatat tahun lalu dan tahun ini meningkat kepada 29 kes manakala bagi African Scam, 69 kes tahun lalu dan tahun ini meningkat kepada 132 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia Negeri Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

Beliau berkata sebanyak 32 tangkapan dibuat bagi penipuan Internet tahun ini berbanding 19 tangkapan tahun lepas, 10 tangkapan tahun ini bagi Macau Scam berbanding 13 tahun lalu dan 41 tangkapan bagi African Scam tahun ini berbanding 13 tangkapan tahun lalu.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya akan sentiasa be-kerjasama dengan Bukit Aman bagi menjalankan pemantauan, operasi dan tangkapan agar jenayah itu dapat dibanteras.

Katanya, orang ramai sekali lagi diingatkan agar jangan mudah terperdaya dengan penipuan sindiket berke-naan.

“Mereka ini bijak, sentiasa tahu cara untuk menipu mangsa dan daripada siasatan kebanyakan mangsa dipilih secara rawak dan mana-mana yang berpotensi untuk ditipu akan menjadi mangsa.

“Mangsa-mangsa adakala-nya adalah mereka yang bekerja di bidang profesional dan ada yang ditipu dalam masa sehari sahaja. Walau pelbagai usaha kita lakukan untuk tingkatkan kesedaran orang ramai namun perkara ini terus terjadi, sebab itu kita minta orang ramai sentiasa berwaspada dan selalu ingatkan saudara-mara dan sahabat-sahabat,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 8,000 Jalur Gemilang telah diletakkan pada kenderaan polis manakala 7,000 lagi bendera telah diagihkan di seluruh balai polis di negeri ini untuk dikibarkan sempena sambutan Hari Kebangsaan. — Bernama

Advertisement