Anda di sini

Rumah sementara bagi mangsa tanah runtuh di Tanjung Tokong

Advertisement

GEORGE TOWN: Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri bersama-sama agensi berkaitan sedang menguruskan rumah sementara bagi menempatkan keluarga yang terbabit dalam insiden tanah runtuh di Tanjung Tokong kelmarin.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Ma-syarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata satu mesyuarat diadakan untuk mencari tempat yang sesuai bagi keluarga itu oleh kerana mereka memohon supaya sebuah rumah sementara dibina berhampiran kediaman mereka.

“Keluarga ini mempunyai anak yang masih bersekolah dan kami berusaha untuk memenuhi keperluan mereka,” katanya ketika mengunjungi keluarga itu di dewan Desiran Tanjung di sini semalam.

Pengarah Kebajikan Ma-syarakat negeri Said Sidup berkata pihaknya sedang berusaha mencari sebuah rumah sementara bagi keluarga itu di kawasan Tanjung Tokong.

Dalam lawatannya itu, Rohani turut menyampaikan bantuan kewangan, makanan dan beberapa barangan keperluan asas kepada keluarga berkenaan.

Kelmarin, sebuah keluarga sembilan beranak, termasuk seorang OKU yang menghidap sindrom down, yang tinggal di dua buah rumah bersambung, terjejas akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat memutuskan bahawa rumah itu tidak selamat untuk diduduki disebabkan keadaan tanahnya tidak stabil yang mungkin mengakibatkan rumah itu runtuh sekiranya hujan lebat melanda kawasan itu lagi.

Rohani berkata jabatan kebajikan dan pihak berkuasa tempatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam di-letak dalam keadaan berjaga-jaga kemungkinan kejadian tanah runtuh itu berulang.

“Saya berterima kasih kepada jabatan yang berkenaan berikutan tugas dan pengorbanan mereka bagi memasti-kan keselamatan keluarga ini,” katanya.

Keluarga itu menganggarkan kerugian lebih RM50,000 akibat tanah runtuh itu.

Saudah Othman, 65, isteri pemilik rumah itu, Shahidan Wan Chik, 67, mengucapkan syukur atas bantuan yang mereka terima dan berbesar hati kerana Rohani datang menziarahi keluarganya.

“Terima kasih atas segala-galanya dan saya harap semuanya akan segera pulih,” katanya. — Bernama

Advertisement