Anda di sini

Dua buah rumah bersambung rosak akibat tanah runtuh

Advertisement
 Warga emas, Shahidan Wan Chik, 6,  melihat keadaan dinding rumahnya yang berlubang akibat kejadian hakisan tanah runtuh disebabkan projek pembinaan pangsapuri di belakang kediamannya dekat Jalan Tanjung Tokong Lama di George Town, semalam. — Gambar Bernama

TANAH RUNTUH: Warga emas, Shahidan Wan Chik, 6, melihat keadaan dinding rumahnya yang berlubang akibat kejadian hakisan tanah runtuh disebabkan projek pembinaan pangsapuri di belakang kediamannya dekat Jalan Tanjung Tokong Lama di George Town, semalam. — Gambar Bernama

GEORGE TOWN: Dua buah rumah bersambung milik satu keluarga mengalami kerosakan teruk akibat tanah runtuh selepas hujan lebat di Jalan Tanjung Tokong Lama awal pagi semalam.

Kejadian tanah runtuh itu dipercayai disebabkan oleh hujan lebat dan longkang yang tersumbat dari tapak pembinaan yang berhampiran.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, tanah di tapak itu didapati tidak stabil dan terdapat kemungkinan besar tanah runtuh akan berlaku lagi jika hujan lebat turun.

Tinjauan mendapati bahawa hanya beberapa meter dari rumah tersebut, sebuah kondominium 29 tingkat sedang dalam pembinaan dan serpihan dari tapak pembinaan dipercayai menyebabkan longkang tersumbat, mengakibatkan hakisan dan limpahan air dari longkang.

Pemilik rumah tersebut, Shahidan Wan Chik, 67, berkata dia menyedari tanah runtuh itu apabila terdengar bunyi bising di luar yang menyebabkan anaknya terjaga kira-kira jam 5.45 pagi.

“Air melimpah masuk ke dalam rumah dengan cepat. Ini adalah kejadian tanah runtuh paling buruk pernah dialami saya tinggal di sini selama lebih 40 tahun,” katanya sambil menambah ini kali kedua kejadian sedemikian berlaku.

“Pemaju berjanji untuk menyediakan sebuah rumah kepada kami bagi menggantikan kerosakan dan saya harap kami mendapat pengesahan daripada mereka tidak lama lagi,” katanya.

Menantu Shahidan, Zaidi Nordin, 46, berkata, beliau terpaksa menarik keluar semua orang dari rumah itu kerana arus air sangat kuat.

Beliau menganggarkan kerosakan yang dialami melebihi RM50,000.

Tujuh orang tinggal dalam rumah itu termasuk 41 tahun seorang kurang upaya yang menghidap sindrom down dan mangsa-mangsa telah dipindahkan ke Dewan Desiran Tanjung yang terletak berhampiran.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Said Sidup ketika dihubungi berkata bantuan telah dihantar kepada mangsa-mangsa.

Sementara itu, Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Rizuan Ramli berkata dinding rumah itu telah retak dan rumah tersebut mungkin runtuh. — Bernama

“Kami akan memantau rapi keadaan untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan itu,” katanya. — Bernama

Advertisement