Anda di sini

Lelaki jual nombor ekor haram ditahan

Advertisement
 Wang tunai dan barang yang terdapat dalam beg yang dibawa suspek dirampas polis.

DIRAMPAS: Wang tunai dan barang yang terdapat dalam beg yang dibawa suspek dirampas polis.

MARUDI: Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kerana disyaki terbabit dengan kegiatan menjual nombor ekor secara haram.

Dalam satu serbuan dilakukan di Pasar Beluru di Bakong Rabu lalu, pasukan polis diketuai ASP Ruslan Mat Kib telah melakukan serbuan dan pemeriksaan terhadap kegiatan loteri haram.

Polis yang melakukan pemeriksaan ke atas suspek kemudian menjumpai satu unit telefon bimbit berwarna hitam jenis Nokia, wang tunai RM809, sebatang pen berwarna merah dan pencetak mudah alih disimpan di dalam beg sandang jenama Obermain berwarna coklat .

Kesemua barang tersebut dirampas sebagai bukti kes dan suspek ditahan di bawah Seksyen 4(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ketua Polis Daerah (KPD) Baram DSP Gabriel Risut telah mengesahkan kes tersebut.

Advertisement