Anda di sini

RM164.9j biaya rawatan pesakit buah pinggang

Advertisement

Merekodkan peningkatan 4.36% pada 2015 berbanding perbelanjaan PERKESO pada 2014, RM158.1 juta

// Oleh Siti Aisyah Ramli //

KUCHING: Pertubuhan Ke-selamatan Sosial (PERKESO) membelanjakan sejumlah RM164.9 juta sepanjang 2015 bagi membiayai kemudahan dialisis kepada pencarumnya.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, jumlah itu merekodkan peningkatan sebanyak 4.36 peratus berbanding perbelanjaan tahun sebelum-nya (2014) iaitu sebanyak RM158.1 juta.

“Sehingga Jun tahun ini pula, PERKESO telah mengeluar perbelanjaan sebanyak RM67.5 juta untuk tujuan sama iaitu membiayai kos rawatan dialisis dan kos ini akan terus meningkat men-jelang akhir tahun 2016.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM8.2 juta telah dibelanjakan untuk pencarum yang menjalani rawatan dia-lisis di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Ketua Ekse-kutif PERKESO Datuk Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed pada penye-rahan dua mesin hemodialisis PERKESO yang bernilai RM80,000 di Pusat Dialisis Mawar Cawangan Pending di sini, semalam.

Jelasnya, masalah pertambahan jumlah pesakit yang meningkat dari semasa ke semasa mendapat perhatian daripada PERKESO, malah jumlah tersebut tidak dapat diimbangi dengan bilangan mesin hemodialisis yang ada di pusat-pusat dialisis panel PERKESO.

“Maka sejak 1998, PER-KESO memulakan program pendermaan mesin hemodialisis kepada pusat dialisis panelnya yang bertaraf pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal yang memerlukan mesin hemo-dialisis tambahan.

“Sehingga Jun 2016, seba-nyak 512 mesin hemodialisis dengan kos RM20.89 juta dibelanjakan dan telah dise-rahkan kepada beberapa pusat dialisis NGO dan badan amal termasuk hospital kerajaan di seluruh Malaysia,” jelasnya.

Menurutnya, pendermaan mesin hemodialisis itu dilakukan kerana pusat dialisis memerlukan tambahan mesin bagi menampung peningkatan bilangan pesakit dalam kala-ngan pencarum PERKESO.

Selain itu, jelas Riot, tambahan mesin hemodialisis itu juga diharap dapat menyediakan slot rawatan dialisis kepada lebih ramai pencarum PERKESO yang menghidap penyakit buah pinggang di sekitar bandar raya ini.

“Saya juga berharap pendermaan ini nanti dapat membantu pusat rawatan hemodialisis  mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan rawatan dialisis kepada pesakit buah pinggang khasnya kepada pencarum PERKESO,” katanya.

Difahamkan, pada ketika ini seramai 23 pencarum PERKESO sedang menerima rawatan hemodialisis di Pusat Dialisis Mawar dengan kelengkapan sembilan mesin hemodialisis sedia ada.

Pada majlis itu juga, Riot yang diwakili Dr Mohammed Azman turut menyerahkan tiga mesin hemodialisis bernilai RM120,000 kepada Hospital Sarikei yang diwakili Pengarahnya Dr Tey Siew Chang.

Advertisement