Anda di sini

Hampir disapa maut

Advertisement

Anggota bomba nyaris terbunuh apabila kereta dipandunya bertembung dengan lori

 Keadaan kereta mangsa selepas bertembung dengan sebuah lori membawa muatan pasir.

TERUK: Keadaan kereta mangsa selepas bertembung dengan sebuah lori membawa muatan pasir.

// Oleh Andy Sabang //

SIBU: Seorang anggota bomba nyaris terbunuh apabila kereta jenis Perodua Kancil dipandunya bertembung dengan sebuah lori.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1 petang di Jalan Teku berhampiran sebuah sekolah swasta di sini.

Semasa kejadian mangsa yang berusia 30-an sedang dalam perjalanan pulang mengambil anaknya dari sekolah.

Namun, ketika tiba di tempat kejadian kereta mangsa bertembung dengan lori dalam perjalanan mengangkut pasir.

Insiden malang itu menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kereta.

Mangsa hanya dapat dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan di bahagian dada dikejarkan ke Hospital Sibu.

Sementara itu, seorang lagi anak mangsa yang duduk di bahagian depan turut cedera di kepala dan berada dalam keadaan separuh sedar.

Dua lagi anak mangsa yang duduk di bahagian belakang hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian terbabit.

Advertisement