Anda di sini

Adenan terima ‘dan’ kehormat

Advertisement
 Adenan menunjukkan aksi taekwondo semasa menerima pengurniaan ‘DAN’ Kehormat daripada Taekwondo Malaysia semalam.

ISTIMEWA: Adenan menunjukkan aksi taekwondo semasa menerima pengurniaan ‘DAN’ Kehormat daripada Taekwondo Malaysia semalam.

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semalam menerima pengurniaan ‘DAN’ Kehormat daripada Taekwondo Malaysia.

Penganugerahan tersebut diberikan sempena perasmian Kejohanan Taekwondo Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini yang disempurnakan oleh Grandmaster Taekwondo Malaysia Dominic Song.

Turut hadir isteri beliau Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia Datuk Mohd Nazifuddin Datuk Seri Mohd Najib Razak, Menteri Belia, Sukan dan Soladiriti Dato Sri Michael Manyin serta Menteri Muda Belia dan Sukan merangkap Ketua Kontinjen Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sementara itu, Nazifuddin dalam ucapannya memuji kemudahan kejohanan yang disediakan terutama gelanggang pertarungan sambil menyifatkannya sebagai bertaraf antarabangsa.

“Saya amat berpuas hati melihat kemudahan yang disediakan sekali gus menjadikan kejohanan taekwondo ini yang terbaik di SUKMA.

“Menyediakan kemudahan yang baik seperti ini adalah sangat penting agar para atlet kita dapat merasai pengalaman bertarung seperti dalam Sukan Olimpik,” katanya.

Advertisement