Anda di sini

S4S dakwa perhimpunan di Serian dapat sokongan

Advertisement

Oleh Henrietta Liza//

Chong (empat kanan) bersama pemimpin S4S Peter (tiga kanan) pada sidang media di Kuching, semalam.

PENJELASAN:Chong (empat kanan) bersama pemimpin S4S Peter (tiga kanan) pada sidang media di Kuching, semalam.

KUCHING:Kumpulan aktivis Sarawak for Sarawakians (S4S) semalam men-dakwa bahawa pihaknya mempunyai ramai sokongan daripada kalangan komuniti dari bahagian Serian untuk meneruskan perhimpunan itu pada 22 Julai ini.

Jurucakap S4S Cawangan Siburan Apple Chong berkata perhimpunan adalah sempena sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak, justeru tidak difahami mengapa perhimpunan itu disalah anggap oleh segelintir masyarakat.

“Kami penduduk dalam bahagian Serian mahu ia dianjurkan di sini pada tahun ini. Ia adalah Hari Kemerdekaan Sarawak! Apakah ia salah untuk diraikan di mana-mana bahagian dalam negeri Sarawak?” soalnya pada sidang media di sini, semalam.

Pihaknya masih mahu meneruskan perhimpunan tersebut di Taman Komuniti Serian walaupun terdapat bantahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Menurut Chong ada segelintir masyarakat yang menghebahkan undang-undang dan berita palsu tentang kumpulan aktivis itu kepada penduduk di kampung-kampung dalam bahagian Serian.

Tambahnya, kumpulan aktivis Serian itu mahu ber-kongsi sejarah pembentukan Sarawak dan pihaknya mahu penduduk kampung menyertai program yang dianjurkan pihaknya itu.

“Lebih banyak pengunjung tiba nanti, maka lebih banyak peluang perniagaan akan datang ke bandar Serian, ia adalah antara keutamaan mengapa kita mahu ia diterus-kan,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang ahli S4S berasal dari Serian Bong Yak Chee berkata pihaknya menjemput Ketua Kumpulan Aktivis S4S Peter John Jaban dan yang lain untuk berkongsi idea dan pengalaman mereka.

“Kami tidak biasa berurusan dengan media dan polis, lagipun sebelum ini ia pernah diadakan di Miri, Sibu dan Kuching dalam keadaan yang selamat, aman dan damai. Kita cuma mahu membawa rakyat Sarawak bersatu.

“Saya berasa sedih kerana Serian kini digambarkan dengan imej sebagai kawasan yang tidak dapat menerima pengunjung dari luar dan ia berbeza dengan apa yang dirasai penduduk di bahagian itu,” tambahnya kemudian.

 

Advertisement